>>Memori Terindah Hari Lahir<<
Wednesday, November 30th, 2005Wow!!! lame tak tulis ape2 kat sini…kesibukan menjadi halangan….lagipun tak de idea nak tulis ape.. Sedar tak sedar dah sebulan umur aku mencecah 22 tahun…alah jangan la panggil dah tua..muda belia lagi..hehehe… Tahun ni antara hari lahir yang cukup bermakna yang perlu disemat baik2 dalam hati..kenangan yang cukup berharga…nak dengar cite tak.. Tepat 12 malam 10 November banyak sangat sms yang masuk..sampai kat hanset tu tulis ”NO SPACE FOR NEW MESSEAGE”…ramai gak la member2 yang wish happy birthday kat aku tahun ni..rase terharu gak…tak kira jauh atau dekat semua anta sms..maklumlah dunia semakin maju dengan teknologi..:-p
Tapi sebenarnya hairan gak bila seorang pun dari budak2 umah ni tak de wish ape2…takpelah diorang sibuk study kut tu la pasal tak ingat..tapi sedih gak la…sesibuk mane pun takkan la lupa… Walau macam manepun aku teruskan gak study..walau dalam hati terusik gak dengan perangai sambil lewa teman2 umah..termasuk my best friend yang 3 tu…sampainya hatimu….teman….isk..isk..isk..
Tepat 12.30 tetiba je black out..aduh hampeh betul aku tengah semangat nak study ni..final mendebarkan…dah la gelap geliter..abby plak takde kat bilik..aduh “abby masukkk…………akak takut gelap” opsss bocor rahsia… Nasib baik tak lame lepas tu abby masuk..cari lilin..aku ni boleh la dianggap sebagai koperasi kut..hehe… Tapi lilin dah kat tangan…mancis plak takde…maklumlah kitaorg satu umah tak merokok..hehe.. Pegi la bilik2 lain mencari mancis…siap pegang lagi tangan abby..maklumlah tak nampak ape…masuk je bilik tirah “happy birthday to you..happy birthday to you…happy birthday to u….”wow semua housemate kuar sambil pegang kek siap ada lilin lagi..cantiknya..kek tu la…terharu sangat…sangat-sangat…kenangan hari lahir yang cukup berharga..lagipun tahun depan dah takde peluang nak celebrate dengan diorang lagi..apelagi..jom potang kek…tapi tuk yang nak tgk gmbr2 hari jadi aku hari tu..sorilah terhad..tak leh nak paparkan kat sini..maklumlah dah tengah2 malam kitaorang buat pijama party je…so sebarang gambar adalah dilarang sama sekali untuk dipaparkan..tapi gambar kek boleh… Tengok aar..dah la cantik….sedap plak tu…..
Buat penghuni-penghuni C2-01..aku..Noor Aziyan Binti Ahmad Shah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian kalian menyambut hari lahirku….saat aku berada jauh dari family.terase kesayuan itu…buat mai,ekin,yana,abby,tirah n ida…terima kasih sangat2 ye… sayang korang semua..rasa bahagia yang takkan dapat ditukar ganti… Pada semua yg wish dan mengingati diri ini terima kasih diucapkan..tahun depan wish dengan hadiah sekali tau…:-) Tapi tahun ni hadiah yang paling bermakna yang aku dapat ialah….ape ek??? rasenya baju tidur la yang paling bermakna…thank untuk pemberinya.orang sayang sangat baju tu…color yang org suka plak tu..thanks ek..tahun depan boleh la bagi tilam,bantal,cadar dan yg ada kaitan dgn tido..macam galakkan orang tido je…hehehe….thanks….
Buat seseorang….walaupun sy tak nampak n tak dengar sebarang ucapan…saya harap di hati awak masih ingat lagi tarikh tu..walaupun tak penting,tapi itu tanda awak ingat kat saya…saya tak harap ape2 hadiah pun..tapi ingatan awak tu sangat berharga bagi saya….thank utk kuih muih awak tu..saya tak suka makan kuih tat yang bunga tu..saya suka kuih tat gulung je..tapi sejak awak hilangkan diri..bila ingat kat awak saya makan biskut yang awak bagi, saya dah mula suka makan kuih tat bunga tu..tapi skrg kuih tu dah habis..dan awak pun entah kat mane….apepun semoga awak berjaya dgn ape yg awak buat..saya sentiasa doakan kejayaan awak..wlupun awak dh lupakan saya….
Akhirnya….kehidupan adalah roda..terkadang kita di atas.terkadang di bawah..bila diatas terasa bahagia milik abadi..tapi bila berada di bawah ingatlah bahawa masih ada insan yang derita..Allah menduga kita berdasarkan kemampuan kita sendiri…semoga bahagia akhirnya….yang kekal hanya milik Yang Esa… Dalam usia yang memasuki 22 tahun ini..aku harap ape yang aku lakukan dirahmati dan diberkati..semoga kejayaan dan kebahagian dapat dicapai…walau apepun yang merintangi kehidupan semoga ku jumpa juga secebis sinar.. buat bekalan dalam meneruskan kehidupan.. oklah tu je lah coretan semperna hari lahir ku..dalam manis ada kepahitan yang sukar diterjemahkan..semoga kekuatan dan ketabahan ini milik ku abadi…..