Doa untuk Kekasih..::

"Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih Lg Maha Penyayang..

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah….
Ya Tuhanku Yg Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Tidak tercipta untukku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan Peliharalah diriku dari kekecewaan
Berikanlah aku kekuatan meskipun tanpa dirinya

Ya Allah…
Ya Tuhanku Yg Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangan jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya
Engkau gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tak sama seperti dirinya

Kupohon dan kurayu Tuhanku
Padamu yang Maha Mengetahui
Engkau hapuskanlah perasaan ini
Seandainya dia tidak mencintaiku

Tetapi Tuhanku…
Seandainya dia telah ditakdirkan untukku
Kupohon agar Engkau
Sentiasa memperkuatkan hati, perasaan dan ingatannya sebagaimana kuatnya aku mencintai dirinya
Kerana aku pasti dia lah jauhariku

Ya Allah Yang Tercinta….
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah
Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukMu
Sesumgguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-mu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi
Pemeliharaanku…
Di Dunia dan akhirat
Dengankanlah rintahan dari hambamu

Yang daif ini
Janganlah Engkau biarkan aku
Sendirian…
Di dunia mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan
Dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang
Pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku
Keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan
Di dunia dan akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…
Amin…Amin…Ya Rabbil a’alamin..

2 Responses to “Doa untuk Kekasih..::”

  1. EKIN Says:

    SEMOGA ALLAH MEMBERI KITA KEKUATAN DALAM MENEMPUH HIDUP INI..AMIINNN….DAN DIPERTEMUKAN DENGAN SESEORANG SEBAGAI BAKAL SUAMI YANG AKAN MELINDUNGI N MENYAYANGI DGN SEPENUH HATI KERANA WANITA DIJDIKAN DR TULANG RUSUK KIRI N DEKAT DGN TANGANNYA UTK DLINDUNGI N DIDEKATI…

  2. Ika Shazreen Says:

    semoga apa yg diidamkan menjadi kenyataan…
    aminn…

Leave a Reply