Archive for February, 2006

==Mati Hidup Semula==

Thursday, February 23rd, 2006

Tak sudi memandang tidak mengapa

Kerana ku mengerti aku insan hina

Tapi dengar apa ku katakan

Untuk pedoman di hari muka

Dulu ku hidup ku rasa

kan

mati

Mata terbuka tapi tak berhati

Kini ku rasa dihidupkan kembali

Walau peritnya setengah mati

Baru ku kenal bulan dan bintang

Betapa indah dunia dipandang

Baru ku kenal ibu ayah adik abang

Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang

Akan ku tempuh hari mendatang

Kepada ku berilah perangsang

Agar kejayaan dapat ku julang

Manusia sepertiku usah kau hina

Kelak menambah sakit di dada

Selagi aku bernama manusia

Tak lepas dari salah dan dosa

Salah ku lakukan meruntuhkan nama

Kerna perbuatan mengikut rasa

Namun ku bersyukur pada yang Esa

Setelah mati ku hidup semula

<>

Monday, February 13th, 2006

Ku membayangi jiwa hatimu
Tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelaimu
Namun kasihku tiada restu

Diri begini kerna selama
Ditinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa
Siapa aku sebenarnya….Sayang

Oh dengarlah sayu tangisanku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan terlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu

Oh dengarlah sunyi tangisanku
Kau tahu ku amat menyayangimu
Oh pergilah kau bukan milikku
Pulang pada yang mengasihi dirimu
Ohh..kesepian berlalu ohoh..
Maafkan Daku

Sampai disini
Ku lepas kau pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita ini

:: Inilah Sebuah Kisah Cinta Luar Biasa::

Monday, February 13th, 2006

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis
seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti. Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar

sana

menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta… "di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini…""

Akhirnya ku lepas kau pergi…

Sunday, February 12th, 2006

Sungguh menyakitkan bila mencintai sesesorang..Dan cinta itu tidak berbalas. Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari kekuatan untuk menyatakan rasa cinta kepada orang yang dicintai. Mungkin Allah berkehendakkan kita berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodoh kita. Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar kita akan menghargai betapa bernilainya PemberianNya itu.

Apabila tertutupnya pintu kegembiraan ada pintu lain yang masih terbuka. Tetapi mengapa kita harus terus menanti kepada pintu yang telah tertutup itu? Sehinggakan kita tidak sedar pintu lain yang terbuka untuk kita. Memberi cinta pada seseorang tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali. Jangan mengharap cinta akan dibalas. Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya. Tetapi jika sebaliknya Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita sahaja..

Cinta hadir kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewa. Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai. Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk membina kepercayaan itu kembali.

Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang, Cuma seminit untuk menyukai sesorang. Sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang. Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi…

Akhirnya aku lepaskan kau pergi dari hati ini. Pergilah mencari sinar kebahagiaanmu sendiri. Bukan dah ada penganti tetapi sekadar mencari sebuah harga diri. Mungkin diri ini belum cukup memahami dan mungkin juga diri ini tidak layak untuk berada di sisi..dan kini aku pergi.. Walau di mana kau berada..walau ape juga yang kau lakukan..dan walau siapapun nanti yang ada di hatimu..doaku moga kau terus bahagia walau tanpa aku di sisi…..maaf kerana masih menyayangi hingga kini………

Sebelum terlambat…

Sunday, February 12th, 2006

Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, "insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata". Pesan ibunya terbuku - terpaku di ruyung minda.  Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ke temu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, di antara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox message yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, e-mel yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

"Zubir,
Salam buat rafiqku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki; kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi entah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!". Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu di sanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

"Zubir,
Natasya Aminah Abdullah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah ke suatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki. Untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan dari diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya namun Natasya cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan".

"Zubir,

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh - utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun". Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

"Zubir,
Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya di Kosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima. Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!".

"Zubir,
Aku mula abaikan Natasya. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Natasya jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku apabila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap hanya kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur ke lantai terkena penanganku suatu hari itu, Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk di bucu meja tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa". Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafiq yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

"Zubir,
Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput di laman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya. Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu. Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?".

Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaan-Nya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

"Zubir,

Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natasya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan".
"Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita, Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu, Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya". Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.

"Zubir,
Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ke tahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan"."Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?". Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan di bahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam". "Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya dari menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Natasya semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala. Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju ke satu destinasi sahaja. Maut! Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir".

Zubir,

"Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tikaku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk di bucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya semakin lemah".Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natasya pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Zubir,
Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahadah, Natasya akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!".

Megat Iskandar,
23 Januari 2002, Malaysia.


Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Air mata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan Zubir.
Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. “Najwani, abang sayangkan Najwani!” Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

Mahar Hantaran

Sunday, February 12th, 2006

Andainya dapat engkau mendengarkan

Suara dihatiku melagukan rindu

Kiranya engkau mampu mentafsirkan

Setiap bait kata2 yang terungkap

Pasti dirimu

kan

memahami

Harapan kasih yang terbina sekian  lama

Disudut hatiku..

Hanyalah dirimu

Bukannya aku sengaja

Melindungi rasa dijiwa

Namun bimbang diri

kan

terleka

Hanyut dibuat angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung  kebahagian sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap kata yang dilafaskan

Bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji