Akhirnya ku lepas kau pergi…

Sungguh menyakitkan bila mencintai sesesorang..Dan cinta itu tidak berbalas. Tapi apa yang lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak mampu mencari kekuatan untuk menyatakan rasa cinta kepada orang yang dicintai. Mungkin Allah berkehendakkan kita berjumpa dengan beberapa orang yang bukan jodoh kita. Supaya apabila kita dipertemukan jodoh yang sebenar kita akan menghargai betapa bernilainya PemberianNya itu.

Apabila tertutupnya pintu kegembiraan ada pintu lain yang masih terbuka. Tetapi mengapa kita harus terus menanti kepada pintu yang telah tertutup itu? Sehinggakan kita tidak sedar pintu lain yang terbuka untuk kita. Memberi cinta pada seseorang tidak menjaminkan yang kita akan dicintai kembali. Jangan mengharap cinta akan dibalas. Tunggu sahaja supaya ia dapat berkembang di dalam hatinya. Tetapi jika sebaliknya Biarlah ia terisi dan berkembang di dalam hati kita sahaja..

Cinta hadir kepada mereka yang masih mengharap walaupun telah dikecewa. Kepada mereka yang masih mempercayai walaupun telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin disayangi walaupun telah dilukai. Dan kepada mereka yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk membina kepercayaan itu kembali.

Ia cuma mengambil masa sedetik untuk terpikat kepada seseorang, Cuma seminit untuk menyukai sesorang. Sehari untuk menyayangi dan mencintai seseorang. Tetapi seumur hidup untuk melupai seseorang. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintai saya
berlalu begitu sahaja.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi…

Akhirnya aku lepaskan kau pergi dari hati ini. Pergilah mencari sinar kebahagiaanmu sendiri. Bukan dah ada penganti tetapi sekadar mencari sebuah harga diri. Mungkin diri ini belum cukup memahami dan mungkin juga diri ini tidak layak untuk berada di sisi..dan kini aku pergi.. Walau di mana kau berada..walau ape juga yang kau lakukan..dan walau siapapun nanti yang ada di hatimu..doaku moga kau terus bahagia walau tanpa aku di sisi…..maaf kerana masih menyayangi hingga kini………

Leave a Reply