==Mati Hidup Semula==

Tak sudi memandang tidak mengapa

Kerana ku mengerti aku insan hina

Tapi dengar apa ku katakan

Untuk pedoman di hari muka

Dulu ku hidup ku rasa

kan

mati

Mata terbuka tapi tak berhati

Kini ku rasa dihidupkan kembali

Walau peritnya setengah mati

Baru ku kenal bulan dan bintang

Betapa indah dunia dipandang

Baru ku kenal ibu ayah adik abang

Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku lalu masih panjang

Akan ku tempuh hari mendatang

Kepada ku berilah perangsang

Agar kejayaan dapat ku julang

Manusia sepertiku usah kau hina

Kelak menambah sakit di dada

Selagi aku bernama manusia

Tak lepas dari salah dan dosa

Salah ku lakukan meruntuhkan nama

Kerna perbuatan mengikut rasa

Namun ku bersyukur pada yang Esa

Setelah mati ku hidup semula

One Response to “==Mati Hidup Semula==”

  1. EKIN Says:

    kiter tak meminta terjadinyer sesuatu perkara tapi perkara itulah yang mematangkan kiterkan…nyah dan hasikin bahagia selamanyer…:):):)

Leave a Reply