Archive for March, 2006

Istimewa Untuk Yana(adik)

Friday, March 10th, 2006

Imag0023_1 Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan nurliyana ismail

Allah selamatkan kamu

Selamat hari lahir buat adik 18 Febuari 2006..sori lambat sambut. Bukan lupa tapi buat2 tak ingat.. lagipun mase birthday adik kan tengah cuti…

Nurliyana ni, sorang lagi budak umah aku..nak kate yang paling bongsu rasenya dia lagi tua dari aku, tapi kenapa dia dipanggil adik??. Ha panjang citenya..tak yah la cite kat sini..kalau nak tau datang terus jumpa aku..hehe..tak berape sesuai untuk tontonan umum…hehe..Kitaorg mcm biasa la klu ada member smbt birthday, mesti celebrate punya..walau tak segah majlis juliana banos @ erra fazira. Tapi kira oklah kan…

Buat majlis untuk yana ni kenalah rancang dengan bodyguard dia gak..erm sape name budak tu ek..rosa, zali..oh silap2. oza namanya…mula2 mesej je dgn oza, tapi kredit plak dah berkurangan. So dia kate kita bincang kat pangsapuri je. Aku turun la dengn ekin, hampeh la budak tu, datang lambat penat aku tunggu. Tapi adik punya pasal…hahaha oza siap pusing pangsa lagi cz takut adik nampak dia lalu..sian…

So kitaorg buat lah rancangan baik punya cilok..

          Petang tu dengan muka tak bersalah, ajak yana makan kat kedai. Semua budak umah turun…kira penuh gak la tiga meja kitaorg je yg duduk. Pastu oza pun datang la dgn gaya supermennya siap bawa kek lagi. Tapi yang paling best, “oh mak ko!!” haha yana siap melatah lagi,. Betuah betul la budak tu…kira menjadi la surprise kitaorg kali ni cz yana nmpk terkejut juga la..apetah lagi dgn kehadiran oza yang tak disangka2 tu…kiranya hero la….hahaha merah padam gak la muka adik…”wakenabeb” jangan marah ek…gurauan semata…

          Imag0022 Cantiknya kek dia. Pandai oza pilih…sebagai org yang suka makan kek mesti la aku happy. Mengalahkan birthday girl plak…siap bagi ucapan lagi..tapi oza mcm tak restu je..hahaha..wlupun ramai gak org kat kedai makan tu tengok kitaorg punya majlis, kitaorg buat tak tau je.. sorilah tak dapat nak jemput semua org, tunggu majlis adik&oza ye baru lah boleh jemput semua…Jom makan kek!!!

Buat adik, selamat hari lahir yang ke 23…semoga panjang umur dan murah rezeki.. semoga bahagia selalu..semoga adik&oza berkekalan selamanya..jangan nakal2….Imag0024_2

Dedikasi Buat E_kin

Thursday, March 9th, 2006

Img_0301

Happy Birthday to you…

Happy Birthday to you…

Happy Birthday Ekin

Happy Birthday to you…

7 Mac 2006 genap usia insan yang satu ni 23 tahun..ha dah 23….tua gak ye ko long….takpe kate orang biar tua asal berisi..hehe..

Apepun aku mewakili semua umat kat C201 mengucapkan selamat hari lahir pada ko..semoga ape yang ko rancangkan akan terlaksana akhirnya..walaupun ko merancang dengan orang lain, tapi aku tetap doakan ko akan mencapai segala impian ko wlu dengan sape pun ko laksanakannya nanti ye..itu doa aku!!!!!

Sori lah long, surprise party ko tak menjadi…semua abg guard n makcik guard tu punya pasal kan…ko suruh diaorang ganti balik majlis kita..hampeh betul  la abg n makcik guard tu…rase nak bakar je dia,,hehe nasib baik aku ni penyabar orgnya…

Oklah meh sini aku cita kat ko operasi kitaorg malam tu..sebenarnya sebagai pengarah program tak bertauliah aku terkilan gak la majlis tu tak menjadi…dah dekat seminggu aku ngan budak2 umah plan nak buat fire drill mase majlis ko. Mesti gempak

Dah nampak mcm clear je la plan kitaorg ni. Maklumlah aku import pelakon yang bukan calang2…PELAKON PALING POPULAR TAHUN 2006 “ABBY BABY” …aku pun tak tau mcm mane aku blh terfikir nak buat fire drill masa birthday ko..so bila idea tu dtg aku bincang dulu ngan abby. Sebagai budak kecik je kat umah tu, mestila dia kena setuju dgn cadangan aku kan..hehe TQ abby…jangan marah tau..aku rase mesti ko percaya ade fire drill cz JDS dah lame rancang nak buat mcm tukan. So bila abby annouce ada fire drill kitaorg pun jadilah nasi tambah, rancang nak pakai ape mlm tu..takkan nak turun bawah pakai baju yg bukan2..kang terkejuzzz plak ustaz hussin…

            Pastu petangnya plak satu lagi masalah timbul, tak tau sape nak beli kek…insan yg sering menghulur bantuan dalam diam tu tak dpt dihubungi plak. Dah mengelabahlah ajk pelaksana waktu tu. Last2 dapat gak hubungi insan tu. So kek pun dapat dibeli…tapi long satu lagi problem..dugaan betul la malam ni…ko plak buat2 busy kat meja abby..(ape ko buat agaknya?? Takpe aku paham)..aduh camne adik nak bawa kek masuk. Tak pasal2 budak tu kena pegi minum2 dulu dengan oza. Tapi aku rase bukan terpaksa, suka sangat plak bila aku suruh diorg pegi minum2 dulu…dan kerana itulah adik kena tumpang kek kat pondok guard dulu. Detik yg memusnahkan segala impian dan harapan…hahaha.

            Tapi yang plg mencabar mlm tu bila maxis tak ok. So kitaorg tak dpt berhubung antr satu sama lain. Aduh poning aku long..kitaorg tukar plan nak buat awal majlis ko. Tak yah buat fire drill. Maklumlah budak baju belang(sape ek??) tu pun nak kek gak..klu buat lewat mlm confirm dia tak dapat rase punya… so kitaorg plan bt lepas ko blk beli mkn dgn abby dalam 10 lebih la, sekali lagi abby menjadi pelakon cemerlang 2006. tapi aku tension betul bila ko berenti kat pondok guard. Lame plak tu. Waktu tu kitaorg kat umah dah ready dgn kek. Mai dah ready pegang kek tunggu tepi pintu. Tapi kan long, aku tak dpt bayang la muka abby waktu mak guard tu tanya sape punya birthday. Mesti pucat budak tu kan. Hahaha sian abby. Rahsia dah lebur ditengah jalan.

            Apepun majlis tetap berjalan wlu tak berape surprise. Dalam tawa kita malam tu, sebenarnya aku sedih gak, munah pun same. Cz ni last kita celebrate same2 mcm ni. Tahun depan kita dah tak bersama lagi. Maybe boleh wish je…kenangan terindah kita kan long…kesat airmata tu…dan kalau tahun depan berpeluang lagi menyambutnya, jadikanlah ia airmata kegembiraan k..

Nor Hasikin Abu Hassan…

Semoga apa yang ko hajati akan Allah makbulkan.. terima takdir dari Tuhan sebagai satu hikmah yang tak ternilai. Allah perancang yang paling baik. Kalau kali ni ko tewas, pasti ada sebabnya. Kita tak tahu ape akan jadi waima seminit lagi pun. So ayat biasa aku “ jalani hidup satu persatu, jangan mudah mengalah, teruskan langkah. Kerana kejayaan besar hari depan bermula dengan langkah kecil pada hari ini..:-)”

Semoga Allah merahmati kehidupanmu…

N=nur iman sentiasa bersama mu

O=orang tak tahu hati kita long

R=rahsia hati tak siapa tahu

H=hidup perlu diteruskan

A=apapun terjadi aku sentiasa di sisimu

S=sejak kau kukenali, bahagia selalu

I=impian kita kan terlaksana akhirnya

K=kemuncaknya kan kita tawan juga

I=itu janji kita

N=noor aziyan hadir sebagai peneman dikala suka dan duka J