Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dari kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat ku saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dari kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Lagu tu aku tujukan khas buat teman-teman yang sangat aku sayangi. Yang banyak membantu, menemani dan menyayangi sejak hari pertama lagi aku menjejakkan kaki di bumi kuittho ini. Kini segalanya hampir berakhir. Saat perpisahan semakin menghampiri.. semua tentang kita…saat kita berduka saat kita tertawa.. semua kita kongsi bersama. Tiada kata yang setanding untuk melakarkan peraaan ini. Tiada kata yang termampu dilafazkan dalam menyatakan betapa aku berasa bertuah dengan persahabatan ini. Syukur pada tuhan, kerana menyayangi diri ini, dengan menganugerahkan teman-teman seperti kalian…
Nurmaizatul Akhmar Suratman…
Mai, terima kasih krn jadi kawan kita. Terima kasih kerana sudi bersama insan yang satu ini melayari kehidupan. Banyak yang kita berkongsi bersama, banyak yang kita lalui bersama. Tak tau nak kate mcm mane, tapi kta rase bertuah sangat kenal dengan mai. Thank cz banyak simpan rahsia kita, ups silap lebih tepat lagi thank cz sudi simpan saat2 manis kita sepanjang kita ada kat sini walau dengan sapa pun kita waktu tu.(sapa la agaknya tu). Ingat lagi kenangan waktu KMK Sek Men Teknik Muazzam Shah? Thanks atas segalanya. Kita tak sekuat mana mai, kadang2 kita tewas gak, tapi kita tahu, walau apepun mai sentiasa ada bersama kita. Takpelah mai, apa yang dah jadi dulu, kita terima, itu bahagian kita. Moga satu hari bahagia tu menjelma juga. Boleh tak nak cakap ayat ni “blaja elok2”..hahaha kenangan kan mai. Walau apepun kita dah cukup bahagia ada teman macam korang semua. Masa semakin hampir, kita akan berpisah juga. Mai, suatu ketika nanti bila diri dah bergelar isteri, jadilah isteri setabah Aisyah, jadilah isteri secantik zulaika, jadilah ibu secekal siti hajar. Hargai anugerah tuhan yang satu itu. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Doa kita buat mai n jamal semoga bahagia selamanya..hari ni, esok dan selamanya…tq 4 everything..love u
Nor Hasikin Abu Hassan
Long, aku tak nak cakap ape2 pasal ko. Malas la xde pekdahnye..Hehe..boleh? takdelah gurau je, cz tiada kata yang setanding ko long. Tak tau nak lafaskan macam mane. Yang aku tahu, aku dah cukup bertuah ditemukan dengan ko. Tq cz sudi jadi kawan aku. Lama kan kita kenal. Ko tak rase sedih ke nak tinggalkan aku. Cewah macam la kita jauh sangat kan long. Tapi long, memang aku ni jauh sangat kut:-( . Takpelah..long, tidak sukar untuk kubaca hatimu…Bila mata lebih lantang bersuara, apa kupercaya dedaun mekar dipepohon rupanya gugur dimusim luruh. Hehe ayat tak agak2. Cuba teka lagu ape tu? Kawan aku yang satu ni cekal hati orangnya. Tabah menerima takdir tuhan. Ko kuat kan long. Walau apepun dugaan tuhan, ko tempuh juga. Tahniah akhirnya ko berjaya juga. Apepun jangan risau ko sentiasa ada aku kat sisi ko. Walau pun masa tu ko dah ada kat India atau China.:-)…long thank cz jd teman kala suka dan duka aku. Jadi teman yang berkongsi susah senang dengan aku. Yang jadi sahabat kala airmata menjadi teman setia aku. Ingat lagi saat terindah aku dulu, saat ko jadi saksi dia melafaz janji, saat pertemuan pertama aku dan dia, saat kat depan gate ito dulu. Semua ko ada kan long. Tapi walaupun ko saksinya, aku tak bleh nak claim apepun. Kerana siapalah aku untuk dirinya…aku terima takdir ini. Long janji ek smpi bila2 pun ko akan jadi kawan aku. Jadi teman aku juga sahabat aku..janji tau..cz aku tahu ko sayang aku…Untuk ko mungkin Tuhan menginginkan ko bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Aku doakan ko akan bahagia, walau dengan sape pun ko ukirkannya… Jangan risau long, kalau kebetulan yang kita bayangkan kat katil aku tu berlaku, aku akan beralah.. aku bagi ko dulu..hehe..tapi ko kena bagi tau awal2, so bleh la aku datang umah ko, maklumlah aku dah tak de helikopter.hahaha all the best..sayang ko sangat2…
Nurliyana Ismail
Yana, kenal dah lama, tapi kita baru rapat setahun dua ni kan. Tapi banyak yang kita berkongsi bersama. Banyak yang kita ukir bersama. Banyak kenangan kita lakarkan. Ada perkara yang aku selesa nak cite dengan adik. Thank cz menjadi teman aku. Lepas ni kita tak rebut2 bilik air lagi la ye. Hehe… ingat tak waktu kita duk ptg2 kat katil tengok ujan berenti.. saje nak release tension kan….best waktu tukan dekat sejam gak la kita merenung ujan kat luar. Mujur kita pun tak ujan sekali. Hehe…lepas ni mesti adik rindu nak dengan jeritan ni…adik!!!!! mandi cepat!!!!. Kita bertemu, berkawan dan kini kita kan berpisah. Manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan… dik, jage oza baik2..hehe macam terbalik je…oza jage adik baik2..tak kira lah yang penting doa ku Cuma satu. Korang kekal selamanya. Maklumlah nak bawa rombangan berdulang2 ke pasir gudang. Thank cz.pasal kancil…just fren je..ada perkara yg sukar untuk kita fahami. Jalannya ada, cuma likunya banyak sangat. what ever pun kenangan kita adalah yang terindahkan…kita akan merindui saat2 kita bersama
Abidah Asman
Macam tak percaya kita akan dipertemuakn. Setahun duk sebilik dengan akak, hope abby tak serik. Sori kalau akak menyusahkan abby. Apepun akak rase bertuah ada adik macam abby. Banyak yang kita kongsi bersama. Setahun tak lama.. sekarang dah nak berpisah. Jage diri abby elok2. kitorng dah tak de nak temankan abby. Mesti abby rindu cz dah takde org nak buatkan abby roti bakar dengan lemon tea kan. Rindunya saat tu B. Tapi ape daya kitakan. Ada banyak perkara lagi yang perlu dilalui. Kehidupan perlu diteruskan. Dan kita terpisah tak lama lagi. Lepas ni akak tak kacau abby lagi, tak suruh abby pergi mandi cepat2 lagi, tak suruh abby pergi makan lagi, tak kejut abby tido lagi. Semua akak dah tak dapat buat. Jangan sedih2 tau.. walau apepun abby banyak temani akak. Kita tak sama, tapi ada perkara yang boleh kita kongsi bersama. Semuanya milik kita. Orang lain takkan dapat ganti. Saat gembira, saat duka, kita bersama. Lepas ni abby kena teruskan pengajian kat sini. Jangan takut melangkah, walaupun kakak2 abby ni dah takde kat sini. Cz doa kami sentiasa ada tuk abby. Teruskan menambah koleksi barangan yang belang-belang. Macamla cantik sangat yg belang2 tu.hehe…Ok pinky girl…blaja elok2, jage diri, sayang abby selalu. Sayang sangat.
Nureize Arbaiy
Maybe ni first time org cite pasal u. Maklum la sebelum ni berase tak sesuai plak nak tulis kat blog org yang tak seberapa ni. Syukur tak terhingga atas kurniaan ni. Kita dipertemukan. Macam tak percaya tapi itulah yang berlaku. Kita kenal, berkawan dan berkongsi suka duka. Maybe org tak sekuat mane kalau u tak sokong org selama ni. Thanks cz banyak bimbing org, banyak care org, dengar luahan hati orang. Temani org kala sepi melanda dan tiupkan kembali semangat pada org. Camne bila kita berjauhan nanti? Hope semuanya kekal macam selalu. Ingat lagi kenangan kita kat putrajaya. Best kan… u nak tau tak i berase macam dekat je dengan family i, bila u ada sama. Thanks sangat2. n org nak minta maaf kalau selama kita berkawan ni, org banyak susahkan u, ganggu u dan penuhkan inbox u dengan mesej2 org. Tapi serius org nak bagi tau yang org sgt2 hargai persahabtan ni. Kita merancang tuhan yang tentukan. Moga satu hari nanti, apa yang u hajati akan tercapai. Apa yang selalu kita perkatakan tu akan terlaksana. Langit takkan mendung selamanya. Pelangi tu memg cantik, tapi dia muncul hanya selepas hujan. So walaupun panas tak sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Berdoalah moga2 lebih kurang pukul 3 pelangi akan muncul. Dan mentari kembali menyinari..hehehe…manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan segala ini tidak dapat ku bahasakan, semua kini satu tiada lagi merdu setiap madah baris kata bukanya lagi buat kita. Kini berteman sepi, kini aku sendiri, suka dan duka dalam mengisi gelombang kembara panjang. Jauh melangkah pergi tidak menoleh lagi…kenangan silam ku tinggal tertulis kini dlam sebuah puisi……doakan org mampu menempuh kehidupan ini dengan jayanya…luv u 4ever….—->–>@