Cinta

selalu yg terjadi….

CINTA : (sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada. I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.

SAYANG : (sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini… mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.

HATI : (sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa…

nak buat macam mana? tetapi yg seharusnya ialah… C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah) N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga. K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat A-Akad dilafaz cinta berbunga S-Suami disanjung-tinggi I-Isteri disayangi H-Harumlah kasih sepanjang zaman S-Sayangkan Isteri kasihkan suami A-Ada masalah, dibincangkan bersama Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul A-Amalkan hidup bertoleransi N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama G-Gaduh sesekali tu perkara biasa H-Hati suami mesti dijaga A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh T-Tanggung-jawab dipikul bersama I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Leave a Reply