Aziyan, Citra Terindah :-)
Sunday, May 21st, 2006INDAHNYA KENANGAN
- 12 Ogos 2001 – Tarikh ni memang bermakna sangat dalam hidup aku cz hari ni aku mendaftar sebagai pelajar di bumi Kuittho ni. Alhamdulillah
-
26 Jun 2002
- Pertama kali join jd fasi kat Muadzam Shah. Bermulalah segalanya….tak pernah disesali pertemuan ini..kerana ia banyak mengajar aku erti hidup ini…
- 24 Julai 2002 – Pertama kali beri hadiah pada seseorang. Al-quran tu dah bertukar tangan. Thanks pada mai & ekin yang memahami
- 17 Januari 2003 – First time tgk konsert In-Team & Unic
-
9 Jun 2003
– Buat latihan praktikal kat Lembaga Tabung Haji KL…banyak kenangan kat sini..susahnya nak dilupakan..thanks pd k.ina, k.yana, k.mai, k.liza, nawal, didi, fahmi, abg al, abg jai n semua yang banyak membantu sepanjang aku kat
sana
-
30 Nov 2003
– oh kenangan yang paling bermakna. Takkan dilupakan selamanya. Syawal yang ke 6. Tapi sekarang ni terfikir plak kenapa jadi mcm ni.. takpelah semua yang berlaku ada hikmah dari Allah. Sampai sekarang aku tak bleh tengok mee kari…nape ek?
-
21 Dec 2003
– Dulu waktu duk kat asrama dalam ito, kedai puspa yang kat depan tu la yang jadi port kitorang semua.
Ada
gak la beberapa kenangan indah kat kedai ni. Tapi bagi mai kedai ni lagi bermakna kat dia..hehehe..
kan
mai
kan
J -
3 Feb 2004
- Arr banyaknya kenangan.. kuar BP pegi makan briani. Kalau la kenangan ni tertulis kat kertas rase mcm nak padam pakai liquid paper je.. tapi bila dah terpahat kat hati selamanya terasa.. tapi ni antara hari yang paling bermakna bagi aku.. ya bagi aku.. hanya aku
-
14 Jun 2004
– Setelah 3 tahun, hari ni aku daftar untuk Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Tahniah buat diri aku
kan
J. Alhamdulillah -
24 Jun 2004
– Hari ni pun bleh dianggap memori bahagia gak. Dengan mai je waktu ni. Mai, ingat lagi tak dialog ni “ Blaja elok-elok”
- 9 Ogos 2004 – Malam sebelum konvo. Tetap tersenarai sebagai detik yang cukup bermakna dalam hidup aku. First date dgn ………. Hehehe wajar ke di kategorikan sebagai date…. Banyak sangat yang berlaku malam ni kat pesta konvo aku. Thank u…….
- 10 Ogos 2004 – Akhirnya Noor Aziyan Ahmad Shah berjaya mendapatkan segulung diploma… best sangat hari ni.. First time pakai jubah konvo. Hope tahun depan dapat pakai lagi. Hari ni cukup bermakna dalam diari hidup aku.
Ada
beberapa perkara yang tetap kukuh dalam ingatan. Ambik gambar, pulangkan jubah, jalan-jalan kat pesta konvo and hantar family nak balik shah alam. Buat mak n family, org dah try yang terbaik kali ni, tapi kadang2 dugaan Ilahi mengatasi segalanya. Maybe mak pun keliru hari ni cz ada something happen. Hehe entahla mak, org pun keliru sebenarnya… Semuanya masih segar dalam lipatan kenangan. Hakikatnya ia cuma sebuah kenangan………
- 17 Ogos 2004 – hahaha bermulanya kisah biarkan bulan bicara…Broery Marantika…cukup derita sampai di sini……..
- 20 Ogos 2004 – wah kisah kat gate kuittho. Indahnya… thanks ekin
- 21 Ogas 2004 – 1001 malam kat BP jadi saksi.. adoi banyaknya kenangan…kentang goreng n lagu Julia dari kumpulan exist…semuanya bagai api dalam sekam
- 1-4 April 2005 – Program Jalinan Kasih kat Felcra Bukit Kepong.. Sepanjang 4 hari kat
sana
memang best. Sweet memory yang tercipta…Cuma yang terindah rupanya hanya untuk sementara.
- 4-9 Julai 2005 – seminggu jadi AJK MHS. Oklah best. Bukan selalu boleh buli budak2 baru tu. Hehehe… ingatkan waktu MHS ni dapat baiki keadaan tapi tak gak.. LUPAKAN
-
10 Nov 2005
– Birthday yang paling bermakna. Thanks pada member2 umah (ekin, mai, yana, abby, ida dan tirah) cz bt surprise party tuk aku. Korang memang WORLD!!!!
-
24 nov 2005
– Nama je aku org selangor tapi ni 1st time aku pegi putrajaya . thanks cz bawa org pegi putrajaya ni. Kenangan kita bersama
kan
tetap menjadi citra terindah dalam hidup ni…..
Sebenarnya banyak lagi memori dan kenangan yang manis-manis sepanjang 5 tahun aku kat ito. Tapi yang aku senaraikan ni adalah antara yang paling indah la. Seronok sebenrnya bila kenang balik. Tapi ada gak yang manis dilalui tapi perit di kenang. Tapi tu semua dah jadi sejarah
kan . Itu lah yang memeriahkan perjalanan hidup seorang insan bernama Noor Aziyan Ahmad Shah….
MEMORI LUKA
- 24 Januari 2002 – hari yang paling perit dalam hidup aku. Abah kesayangan pergi menghadap ilahi.. akhirnya kau pergi juga.. inilah hari yang aku tiba2 rase dunia ni gelap. Terkejut sangat. Dah kehilangan itu masih terasa hingga kini. Rase rindu yang teramat sangat… semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yang soleh. Al-fatihah
- 21 Mei 2004- Mase ni tengah cuti habis diploma. Then bila bukak email ada terima satu email yang rase mcm sakit sangat nak bace. Mudahnya melafas kata setelah sekian lama bersama. Aku siap print lagi email tu. Dan masih simpan sampai sekarang. Tak tau cme leh jd gitu.. dah try yg terbaik, mungkin aku yang tak sebaik diharapkan..takpelah. LUPAKAN
- 31 Ogos 2005 – Rasanya sejak kes ni dah tak nak ambik tahu lagi pasal tarikh ni. Orang lain sibuk sambut hari merdeka, aku berendam airmata.. rase kecewa dengan peristiwa yang dipertontonkan. Thanks pada ekin yang sudi bagi pinjam bahu, mai, yana, abby, oza dan jamal yang jadi saksi n kak long tersayang yang sudi bagi kata semangat malam tu. Sory cz rase lost sangat…
cuba
melupakan, tapi biasalahkan. Yang pahit tu biasanya
kan
kekal abadi sampai bila2…..
-
21 September 2005
– Terima berita pertunangannya….alhamdulillah satu lagi masjid akan terbina. Tahniah kerana berjaya melukakan sekeping hati seorang insan. Yg indah pertemuan, yang pahit perpisahan, yang ditinggal hanya KENANGAN………
Semoga apa yang berlaku sepanjang 5 tahun di kuittho ni akan aku jadikan pedoman dan teladan dalam menyusuri hari2 yang mendatang. Semoga apa yang berlaku akan menjadikan aku insan yang tahu bersyukur dengan nikmat dari Allah. Apa yang terjadi manis dan pahit segalanya telah terjadi. Kenangan yang terindah yang tak mungkin luput dari ingatan. Semoga kenangan2 indah itu menjadikan aku manusia yang sentiasa ingat pada kebesaran Ilahi dan semoga memori luka yang terlakar tidak menjadikan aku seorang yang mudah berputus asa. HIDUP SATU PERJUANGAN… Hanya SEGENGGAM TABAH yang dipertaruhkan…..
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sensara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya
Tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buat mu ada hikmahnya
Terlukis senyum dibibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkin jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya