Archive for June, 2006

::PEDU DALAM KENANGAN::

Friday, June 30th, 2006

Imag0078 Imag0110 Seminggu kat pedu kariah Tong Pelu, aku rase seronok sangat. tak tergambar perasaan ni bila diterima baik oleh org kampung sana. sebenarnya ni adalah program terakhir aku kat ito..Program Mesra Sedesa 24-29 jun 2006..mula2 sebelum pegi aku rase takut gak nak pg. maklumlah kami disogokkan dgn cite2 yang agak menakutkan  la kat kampg tu..ada cite kampung tu hulu sangt la, xde bekalan air,api dan mcm2 lagi..bila kitorg start masuk je kat kariah tu, masing2 muka da cuak dah, berase mcm nak suruh pakcik bus tu patah balik je…

Tapi bila dah ada kat sana, kitorg disajikan dengan pemandangan yang lain..kalau biasa kita dengar indah khabar dari rupa, tp yg berlaku, indah rupa dari khabar, alhamdullillah aku dapat family angkat yang ok sangat. Thankz byk2 kat En. Abd Hamid bin Shaari & Pn Saripah bt Idris cz terima aku sbg anak angkat diorang. Alahai rindunya pada suasana kat sana…rindu kat satu2nya adik angkat aku nadia azia..dia la yg banyak temankan aku kat sana. tido pun same..sedih sangat waktu dah nak balik tu..cuba gak tahan airmata ni dari mengalir, tapi rase yang terbuku dalam hati ni terlalu menyakitkan. walaupun cuma seminggu kat sana, tapi keramahan masyrat kat sana, betl2 menawan hati aku..keramahan makcik2 n pakcik2 kat sana takde bandingannya. macam family sendiri..aku kat sana pun rapat gak dengan family abby(abah&umi), family ekin, mak n ayah fatah, mak awang…semua jadi rapat..tapi paling rindu pada muhammad amin, adik angkat abby..suka sgt dengar muhammad besembang, baru 6 tahun tapi slang utara dia kuat betul..kadang2 sampai tak paham dia ckp ape..tapi yg sedih tu mase nak balik, tak dapat pun salam dgn muhammad, cz dia sedih sangat bila tgk kitog nak balik. langsung tak nak jumpa kitorg…aaar sedih…..

Program ni meninggalkan satu kenangan yang sangat bermakna bagi aku..kat  sinilah terjalinnya persahabatan terutamanya dengan Yuhana(kayun), fatah(adik tersayang), awang(yg prihatin), rasdi(abg comel), nikila(adinda), mira(posmen), anum dan ramai lagi..semua yang ikut prgrm tu jadi rapat..dari ajk induk, ajk pelaksana sampaila kat peserta biasa.semuanya jadi rapat..rindunya kat korang semua..rase akrab sangat..rindu sangat pada ‘kayun kayan fatah’….semuanya tinggal kenangan.tak sangka dapat jumpa yun, anum n rasdi kat sini, ktorg sebaya tapi tak kenal pun…terutama rasdi n anum..yun tu aku penah jumpa mase jadi ajk mhs tahun lepas..kitorg dah jadi sekepala…ape lagi kalau dicampurkan dengan ekin n abby…Imag0127 Imag0133

banyak sangat peristiwa indah yg terlakar kat sana…seronok sangat mase pegi empangan pedu, masuk terowong, tgk rusa…aaahhh syahdunya bila mengenang semula…tapi peristiwa duka kat sana, mase sukaneka la…ade ke patut kepala aku kena bola sepak..aduh sakit giler,mujur tak pengsan…lame gak la aku ambik mase tuk bertenang..mujur tak giler..hehehe..then kenduri sekampung  pun best sangat. masak ngan org2 kampung..rase cam kat kampung sendiri plak..tak pasal2 makcik tu suruh aku perah santan kelapa.nasib baik selalu buat kat umah, takla kekok sangat. tu pun siap kena tegur cz salah teknik..hahhaha:-)

Imag0001 Imag0008 Isk besarnya erti persahabatan…dah la ini program terakhir rase sayang n sedih bila nak berpisah..dah tak jumpa diorg semua lagi pasni..aduhai kenangan..balik dari kedah semalam, ptgnya aku, abby, ekin n fatah kuar g bp.saje nak makan kfc sesama..kenangan terakhir kami berempat. pasni tinggal abby n fatah je kat ito..akak2 diorg yang bedua ni dah takde…aaar sayu..sampai pangsa lepak2 dulu kat wakaf, teman fatah..byk gak yang dibualkan..tapi plg sedih bila fatah nak balik,,cz pasni tak jumpa dia lagi..aku pun tak tau camne bleh rapat dengan dia..tapi yg pasti dlm mase 2 minggu ktorg kenal, byk yang kitorg kongsikan bersama…dah macam adik sendiri..tu yang bila nak pisah mlm tadi rase nak nangis je..fatah pun aku tgk cover je tahan sedih..pertemuan dan perpisahan yang dah ditakdirkan..kita terlewat dipertemukan..pasti ada hikmah dari tuhan..untuk fatah.."kak yan doakan fatah berjaya capai segala ape yang diimpikan, jage diri elok2, study baik2, nyanyi sedap2,jage kesihatan plg penting..walau apepun yg org kate,fatah mesti kuat jalani kehidupan, yang penting tak menyalahi syariat..semoga kuat semangat dan jgn tension2…satu lagi tambah ckit berat badan:-)"

Sekarang ni segalanya dah berlalu..yang tinggal hanya memori kita bersama..buat semua rakan dan taulan, yang mengenali diri ini..sepuluh jari ku susun, memohon ampun dan maaf. jika sepanjang kita bersama ni, ada tersilap kata, terlanjur bicara, terkasar laku..maaf sangat sangat. doaku semoga perkenalan ini akan berkekalan selamanya..jangan diputuskan ikatan murni yang terjalin..dan semoga ukhwah yang kita bina akan berpanjangan selamanya..semoga allah merahmati persahabatan kita..

TONG PELU DALAM KENANGAN..SAAT TERINDAH BUAT KITA SEMUA..SEMOGA MENJADI MEMORI YANG AKAN DI SEMAT SELAMA-LAMANYA..DALAM HATI DAN SANUBARI KITA SEMUA…UKHWAH ITU INDAH BILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH..DARI TONG PELU KE SABAK BERNAM, PADI HUMA TEPI KALI, NIAT DI HATI SUDAH TERTANAM, INSYAALLAH ADA JODOH KITA BERJUMPA LAGI….SALAM SAYANG PENUH KERINDUAAN UNTUK SEMUA….TONG PELU DALAM KENANGAN

Imag0097
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
Imag0135_1 
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

Bersama Selamanya….

Monday, June 12th, 2006

Sbpgx04

Selama ini kumencri-cari teman yang sejati buat menemani
Perjuangan suci bersyukur kini padaMu Illahi
Teman yang dicari selama ini telah kutemui
Dengannya di sisi perjuangan ini
Senang diharungi bertambah murni
Kasih Illahi kepadaMu Allah
Kupanjatkan doa agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan segala-galanya…

KepadaMu Allah kupohon restu agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman teruskan perjuangan pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan segala-galanya itulah tandanya kejujuran kita

Dikeheningan malam termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata

Bila rindu terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi, melepasi batas diri ini.

Jauh angan ku lena kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa bila terjaga semula
Disisiku kau tiada sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih Sabar insyAllah kita akan bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong lorong yang lohong
Benar ku tak bohong bila hati menyanyi….

<>

Monday, June 12th, 2006

Sbpge04

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Suatu Masa

Friday, June 2nd, 2006

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Diganggu Kenangan

Friday, June 2nd, 2006

Bila aku sedang termenung seorang diri
Terasa kesunyian melanda ruang hati
Menjelma berbagai kenangan di masa lalu
Fikiranku pun mula terganggu

Mengapakah ketika sendirian begini
Peristiwa lama mengusik di ingatanku
Membuat aku jadi resah tiada menentu
Terbayang bayang wajahmu

Puas sudah aku cuba untuk melupakan
Pengalaman pahit sewaktu bersamamu
Tetapi kenangan tak mudah menghilang
Berdarahlah luka lama

Adakah penderitaan yang kutanggung ini
Tiada mungkin berakhir sepanjang hidupku
Ku berdoa agar lenyaplah semua kenangan
Yang sering menggangu fikiranku