Archive for July, 2006

Renungan Bersama :-)

Thursday, July 27th, 2006

Bagi yang bujang sesuatu i’tibar. Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu . Bagi yang berkeluarga perlu mengajar.

Wahai SUAMI renungkanlah. Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah. Tidaklah setaqwa Aisyah. Tidaklah setabah Fatimah. Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH. Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah. Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Tidak setabah Ayyub. Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf. Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya .Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya .Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana.. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga. Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI. Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Dedikasi Istimewa Buat Yg Teristimewa

Thursday, July 20th, 2006

2718978581496l Khas buat Nureize Arbaiy

Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan… beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasihmu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

20058683249137l

Terima kasih atas segalanya..kita menyimpan satu memori yang cukup berharga dalam kamus hidup kita..dan semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan selamanya..Rahsia hati tak siapa yang tahu..dan semoga Allah mendengar permohonan kita ini..terima kasih kerana sentiasa ada tika duka dan bahagia..terima kasih kerana masih setia menemani insan yg satu ini..pintaku cuma satu…kebahagian milik kita akhirnya…bersama…."Azie&Eize Forever"

….Aduhai Sahabat….

Tuesday, July 18th, 2006

Dalam dunia ini,kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri.. kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.. begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.. kebiasaannya kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita.. itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa.. kita juga pernah membiarkan dia ternanti nanti.. kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan.. ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu.. terfikirkah kita tentang perasaannya?? .. Seperti kita.. dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita.. segala rasa kecewa dan ketakutan.. harapan dan impian kita luahkan.. dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masaalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita.. hingga kadang kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya.. rasa takutnya??.. Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita?? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai.. kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah.. agar tidak rebah?? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita..

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan.. kerana dia juga seorang manusia.. dia juga ada rasa takut.. ada rasa bimbang.. sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.. jadilah kita kawannya itu.. Kita selalu melihat dia ketawa.. tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu.. mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. disebalik kesenangannya.. mungkin tersimpan seribu kekalutan.. kita tidak tahu…… tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia.. mungkin kita akan tahu…

<>

Monday, July 17th, 2006

Kau yang merubah segalanya

Kau sebenar yang mencuri hati

Aku yang masih meratapi kehancuran

Cinta lalu yang tak kesampaian

Apakah yang terburu-buru

Cuba melupakan peristiwa lalu

Atau mungkinkah ku terpesona pada

Kejujuran yang engkau berikan

Tercipta suatu ikatan

Yang kita bina Dari kehancuran masa silam

Oh tuhan kau restukanlah

Cinta indah bagai pelangi

Kekal abadi …….

Masih jauh sayang

Perjalanan kita Pasti ada yang beronak duri

Namun tiada yang merubah rasa

Kerna ku tahu kau saja di hati

Soal Hati (^_^)

Monday, July 17th, 2006

Kau…… Hanya wajah biasa di mataku

Pasti lenyap sederas tibamu

Tak perlu aku memikirkanmu selalu

Kau……. Tiba pada waktu tak terduga

Dalam mimpi dan di dalam jaga

Sehingga aku bukan diriku yang dulu

Soalnya hati Sukar dimengerti

Apa terjadi di luar kawalan diri

Entah mengapa Sejak bersua aku dilanda resah

Kau mewarnai mimpiku

Ku dalam igauan rindu

Kau yang biasa kini istimewa

Engkau membuat hidupku berubah

Yang ku cari-cari selama ini

Telah ku temui….

7 Hari Sudah Berlalu…….

Friday, July 14th, 2006

Semalam genap 7 hari aku meninggalkan Kuittho…masa terus berlalu..dan aku terus menghitung hari….detik demi detik…msa ku lalu apakah ada..kisah cerita kisah yang panjang..menghitung hari…

Dah seminggu  tapi  masih  merindu..rindu pada semua yg ditinggalkan…

Kadang2 mcm tak percaya semua itu dah jadi kenangan…

Rindu pada ekin, mai dan yana…rindu waktu jalan sama-sama, rindu mase makan sama2…rindu masa bersembang bersama…korang ingat lagi tak mase kita makan kt KMS nasi kandar tu? Mai selalu tanya nape mase makan aku selalu pandang kat fakulti…sebenarnya mase tu aku dah suruh cik eize bukak langsir dia and pandang kita semua tgh makan….semalam dia msg aku n kate “kenapa bila dia pandang luar tak nampak pun 4 dara sedang makan kt KMS tu….” Waktu bc msg dia tu rase sayu sangat..dan akhirnya airmata menitis gak..aduhai noor aziyan semakin lemah kini…last jumpa mai mase mlm tu kat umah uteh…sedih sangat waktu tu..tak tau bila lg dpt jumpa..beratnya rase hati nak lepaskan tgn mai mase tu…malu je bila aku n ekin nangis depan fatah n awang…dalam perjalanan tu plak diorg bleh nyanyi lagu doa pepisahan..lagi la sayu hati aku n ekin…tapi apepun thanks gak kt awang n fatah cz try nak happykan hati kitorg berdua semula di saat2 getir tu….thanks adik2kuJ Img_0317

Saat paling sayu mase aku nak berangkat la…airmata pertama menitis mase jumpa kak lin sorlinaz…mase peluk kak lin airmata dah tak leh tahan dah…kak lin la yg banyak mengembirakan aku sepanjang kat pangsa…banyak bg nasihat n petua..thankz yg teramat sgt… “kak lin, yan rindu sangat dengan laksa akak…”

Img_0360 Paling sedih mase last dgn ABBY…kalau boleh biarlah mase tak berlalu..cz tak terpisah dan terus bersama…tapi apekan daya..takdir penentu segala…rase luluh hati ni mase abby kate lepas ni sape nak buatkan abby roti bakar pagi2…aduhai abby..rindunya…lepas ni dah takde sape nak buatkan abby lemon tea ptg2, kejutkan abby, rebut bilik air dgn abby..semua dah jadi kaku..kita berjauhan kini…

“Abby, akak tetap sayangkan abby sampai bila2…krn abby dah banyak coretkan kenangan manis dalam diari hidup akak..terima kasih atas segalanya dik..insyaallah ada rezeki kita akan jumpa lagi…akak tunggu saat tu B”

Walaupun aku ngan ekin duk satu negeri, tapi bukannya boleh jumpa selalu..

“long aku rindukan ko…ingat tak sepanjang sem 3 ni kita sentiasa tidur sebilik kan…kemana2 bersama je..susah senang kita akan menjadi kenangan yg terindah dlm hidup aku long..jage diri elok2, keja elok2..ko la sahabat aku dunia akhirat.”

Buat fatah…sori cz aku tak sempat cakap lame dgn dia…tak sangka abg ipar aku sampai awal..thanks cz tolong angkatkan barang2 aku…sedih je tgk muka fatah hari tu..dua minggu bersama mcm dah 2 tahun…entahlah mudah sangat rapat dengan dia..kita serasi

Img_0364 “Fatah, akak tau kenapa hari ni fatah tak sempat nak nyanyikan lagu tu tuk akak, cz allah nak temukan kita lagi dan pada mase tu akak akn tuntut  semula tau….rindunya akak pada senyumn fatah..jangan lupakan kenagn kita terutama di malam2 terakhir kita bersama…thankz cz sinari hidup akak dgn kehadiran fatah…Akak yakin…kta tetap akan ditemukan lagi…thankz for everything dik…”

Walaupun awang tak sempat datang mase aku balik, tapi dia dah jumpa aku awal2 lagi…”thanks awang…kak yan tak tau nak kate ape lagi..kenangan kita terlalu berharga buat akak…doa akak sentiasa mengiringi setiap langkah awang…jangan lupakan akak tau…”Img_0357

Memang airmata tak henti2 mengalir..masuk je kereta abg aku siap gelak lagi..apela dia kate..org lain tu dudk lain negara pun bleh jumpa lagi..inikan plak johor dgn selangor..geram je aku dengar..dia mane paham..yg terpisahnya aku..alangkan melaka dgn selangor pun ada yg  kate jauh, inikan plak johor dgn selangor…apela abg aku tu…

Sampai muar pun ade airmata lagi..aaarrr rindunya….

Tapi hari ni dah seminggu berlalu…pantang dapat msg yg sedih2 pasti sayu….

Wahai kawan2 ku sekalian..aku kini rindu..semoga kita akan ditemukan lagi..

UKHWAH ITU INDAH JIKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH…SAYANG KALIAN SEMUA…..