Archive for September, 2006

Wena Conference

Wednesday, September 27th, 2006

Img_0427 Img_0463 Img_0411 PERSIDANGAN TAHUNAN E-NIAGA (INISIATIF PENYERAPAN E-NIAGA) PADA 21-22 SEPT 2006, SUNWAY LAGOON RESORT HOTEL.

Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan untuk inisiatif penyerapan  E-Niaga WENA merupakan acara yang harus diteruskan untuk para usahawan, badan-badan sosial, para graduan, individual, pemimpin kerajaan dan ahli-ahli organisasi dalam menambah pengetahuan, mengendalikan kemahiran dan berkongsi pengalaman dengan pengusaha E-Niaga, pemikir dan peniaga kecil-kecilan.

Img_0434 Persidangan E-Niaga WENA yang akan dijadikan Persidangan Tahunan bertujuan untuk :

  1. Menyediakan wacana untuk percambahan pemikiran, pertukaran maklumat dan pengalaman di antara pengamal dan pemikir perniagaan berteraskan Internet.

  2. Img_0433 Menyediakan maklumat terkini segala aspek penting mengenai E-Niaga untuk menjadi panduan perlaksanaan.

Antara topik-topik yang akan dibincangkan dalam persidangan tersebut adalah seperti berikut :

·        Best Practice on Web Design – Mr Hong Kah Hin, Agenda-Asia.com

·        Online Marketing – Engaging Customer Experience – Datin Dr Rohani Hussin,  KDEB Anzagain Sdn Bhd

·        Online Payment System-Financial Process Exchange – Mr Nawaruddin, MEPS

·        Exporting and the Internet – Dr Omar Dakshin

·        Managing Customer Information- Mr Sam Voon, Global Surf Sdn Bhd

·        E-Security in E-Business: Myth or Reality – Raja Azrina Raja Othman, NISER

Lawati Laman Web Wena di www.wena.org.my/conference

Img_0399_1 Img_0448 Img_0455 Img_0468 Img_0422 Img_0470

Img_0472

Lelaki Di Mata Wanita

Tuesday, September 19th, 2006

Lelaki! Mereka dianggap pelindung kepada wanita, tempat berkongsi segala keperitan dan penderitaan. Namun, mereka juga boleh berubah menjadi manusia yang paling kejam hingga sanggup merosakkan kaum wanita yang sepatutnya mereka lindungi itu!
Lelaki! Insan yang bernama lelaki ini amat sukar utk difahami. Terlalu kompleks sikap mereka, hingga memaksa seseorang wanita itu menyelami diri mereka sedalamnya untuk kenal siapa mereka yang sebenarnya. Namun begitu, lelaki di mata wanita tetap sebagai pasangan yang perlu dihormati dan disayangi selalu. Tempat mereka menumpang teduh…
Tidak dinafikan, antara topik paling hangat yang sering dibualkan apabila bersama teman-teman. Biasalah kan, sama seperti lelaki juga! Ermm..apa pula agaknya pandangan perempuan terhadap lelaki dan apa agaknya criteria yang sering dilabelkan oleh perempuan terhadap lelaki? Jom kita kupas sedikit demi sedikit dan sejauhmana kebenarannya…mungkin diri kamu sendiri yang boleh menilai sejaumana kebenaran akan tanggapan tersebut.

BEKERJA KERAS
Syabas! Mereka yang rajin berusaha untuk memantapkan lagi kerjaya mereka memang menjadi idaman dan kebanggaan wanita. Bukan apa, kerjaya adalah jaminan kehidupan yang lebih terjamin.

BIJAK
Perempuan tak suka teman lelaki mereka bodoh dan kurang pengetahuan! Malah mereka bangga jika ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka. Siapa yang tidak bangga beb! Walaupun mereka sendiri kurang bijak tapi seboleh-bolehnya mereka ingin teman lelaki mereka lebih pandai daripada mereka sendiri!

BERSIFAT KELELAKIAN
Wow! Sebenarnya itu dianggap satu bonus lumayan bagi gadis yang punya teman lelaki yang ‘good looking’ ni. Namun kebanyakan wanita, masih banyak cirri lain yang dititikberatkan. Buat apa sekadar wajah tampan tapi hodoh budi bahasa? Selalunya bagi seseorang gadis, paras rupa jatuh tangga kedua. Yang paling utama, seorang lelaki itu menyayangi dirinya sepenuh jiwa, dapat melindunginya serta mengambil berat.

SENSITIF
Memang sah! Mungkin lelaki kata kaum perempuan ni sensitif. Tapi jangan tak tahu, lelakipun tak kurang sensitifnya juga. Silap haribulan, kalah orang perempuan! Pantang tersentuh jiwa, mulalah muncung panjang sedepa.

EGO
Ishh! Ini antara perkataan yang paling menyakitkan untuk disebut. Lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego. Kalau boleh, nak orang ikut telunjuk mereka saja. Tak nak langsung dengar nasihat dan pendapat orang lain. Sesekali apa salahnya denga pendapat orang lain. Tak semestinya apa yang dirasai betul itu memang tepat!

SUKA AMBIL MUDAH
Sikap inilah yang sering menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. Bukan apa, orang perempuan ni gemar melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan terancang. Tak suka perkara itu dibuat secara sambil lewa saja. Lelaki bersikap sebaliknya. Suka ambil mudah saja sehingga terlihat seolah-olah mereka itu tak peduli.

MANJA DAN SUKA DIBELAI
Alahai! Lelaki sering dikaitkan dengan sifat macho, kuat dan maskulin. Namun pada hakikatnya, lelaki juga ingin dimanja dan dibelai. Di sebalik tubuh gagah itu terselit sikap umpama kanak-kanak dalam jiwa mereka. Mereka gemar jika dibelai oleh orang yang mereka sayangi. Walaupun mungkin ramai yang cuba menafikan, tapi itu adalah hakikat!

BIJAK MENGURUSKAN KEHIDUPAN
Lelaki juga dikatakan lebih bijak menguruskan kehidupan berbanding dengan perempuan. Contohnya hal rumahtangga. Baru beberapa hari bercinta, dah siap perancangan untuk mendirikan rumahtangga nanti! Mungkin ini didorong oleh sifat mereka yang berpandangan jauh ke depan. Tak seperti perempuan.

PERAHSIA
Siapa cakap senang nak korek rahsia lelaki? Susah beb! Ternyata memang sukar nak tahu tentang perasaan mereka, apa yang sebenarnya mereka rasa. Berbanding dengan wanita yang lebih terbuka dalam menzahirkan perasaan. Contohnya, cemburu. Lelaki sukar nak tunjukkan sikap cemburu mereka. Kononnya nak kontrol ego la tuh!

LEBIH MEMAHAMI DAN MUDAH MEMBANTU MASALAH
Itu betul! Lelaki jenis yang senang menghulurkan bantuan. Mungkin kerana mereka tidak berkira sangat. Kalau diminta bantuan, pasti kan cuba ditolong sedaya upaya. Apatah lagi kalau org perempuan yang minta. Cepat aje…!

AWEK JATUH TEMPAT KEDUA
Ini yang tak syok ni! Perempuan sering merasakan bahawa diri mereka itu bukan pekara terpenting dalam hidup lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan lebih cintakan karier dan kereta berbanding awek sendiri!

MEROKOK
Memang tak patut! Rasanya sebahagian besar daripada perempuan tak suka lelaki perokok! Busuk! Tapi ramai yang terpaksa ‘rela dalam paksa’ bila dapat pakwe perokok. Puas cuba dinasihati tapi tak masuk telinga pun. Bahkan ada lelaki yang berprinsip ‘biar hilang awek asal jangan hilang rokok’! Teruknya!

PENGOTOR
Berbanding dengan perempuan, lelaki kurang menjaga kebersihan diri mereka dan pengotor. Mana taknya, baju yang dipakainya sesuka hati saja dilempar ke sana sini. Kadangkala tu, baju yang tak berbasuh dipakai semula. Tak ke pengotor namanya tu!

Aduhai….

Thursday, September 14th, 2006

Kita selalu Bertanya……dan Al-Quran sudah menjawabnya…

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURANMENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… " - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

||Tiap yg berlaku ada hikmahyer..semoga allah merestui tiap apa yg kita lakukan..dan semoga allah tidak menguji kita dengan ujian yg tak mampu tuk kita tempuhi||

My heart……..

Wednesday, September 13th, 2006

If you love somebody could be this strong

I will fight to it, our love will conquer all

Wouldn’t risk my love even just one night

Our love will stay in my heart

Mcm tak percaya bila kaki melangkah lagi ke bumi kuittho. alhamdulillah Allah beri kemudahan untuk sampai kesana lagi…walaupun banyak keja d opis..tapi rase rindu pada teman2 yang ditinggalkan terlalu mengamit rasa…happy sangat bla dapat jumpa ikin kat puduraya n balik batu pahat sama-sama lagi mcm dulu…sepanjang jalan aku dan ekin bersembang…selamba je..kadang2 terkuat gak kami gelak..sori la klu ada penumpang yg rase terganggu..peduli tidak..hehe..rase semua benda nak cite dgn ekin..hahaha..bestyerrrrrr dapat berbual2 depan mata mcm tu..selalu sembang kat ym je..gelak pun tak dengar, nangis pun tak dengar,..pertama kali dalam sejarah ekin, dia tak tido dalam bus…kahkahkah..bocor rahsia….Sampai je terus g tapak konvo..lapa sebenaryer..so terus ke sana….tak sangka family pedu dah ada kat sana..wah dengan selamba je kami berpelukan kat sana dgn family pedu..kat tengah2 tapak konvo tu..tapi yg paling sayu bila mendakap abby, mira, maya dan ain….rinduyer..abby..akak tak dapat lupakan petemuan kita tu..tak sangka kita berpeluang bertemu lagi..mengulangi memori silam bersama..abby akak rindukan abby….

Adikku abby….

Maafkan akak kalau kehadiran akak tak mampu mengembirakan abby..akak tahu kesuntukan masa sangat terasa…semua benda kita nak buat… bercerita.. ketawa…thank teman akak makan..thank kerana ada di sisi saat akak betul2 memerlukan seseorg..terutama masa petang ahad tu….sian abby..jadi tempat akak meluah rase..abby akak sangat sedih petang tu..satu2 ujian datang pada akak..akak nak jadi manusia kuat..akak nak jadi insan yg tabah dalam menempuh ujian ilahi..tapi dik..saat tu akak benar2 tewas..akak tak mampu bendung airmata ni lagi..terase sayu sangat b, terasa sakit kat ulu hati…abby, percayalah bukan mudah untuk menempuh ranjau dalam kehidupan ini..justeru adikku…hargailah tiapa apa yg abby ada sekarang..jangan persia peluang yg ada..kerana tak semua yang kita ada hari ni akan terus menjadi milk kita di hari esok…akak doakan abby bahagia sentiasa..dan berdoalah dik agar kita akan bertemu lagi….akak merindui abby sangat2…

Hasikin…..

Thanks long atas segala bantuan ko pada aku..thanks kerana ada di saat aku betul2 memerlukan sokongan ko…aku sayang ko long..cuma kadang2 aku tak dapat nak lawan rase hati yg terkilan dgn apa yg berlaku…aku tak salahkan sesapa long..mungkn silapye hanya pada aku..aku yg terlalu berharap…aku yg terbang lagi..dan akhiryer aku jatuh lagi…entahla long..aku ni tak penah serikkan long..degil sangat..thanks kerana sudi menyayangi diri ni long..aku sangat2 menghargaiyer..aku tau apa yg jadi ms kat meja makan tghari tu..antara ko, abby n fatah..aku kenal ko dah lama long..tapi takpe, aku tau ko cuma nak yg terbaik tuk aku..thanks sekali lagi long….long, kenangan kita akan aku semat dalam hati ni sentiasa..aku tau aku tak perlu tulis panjang2 lagi..ko tahu hati aku…ko tahu apa yg aku rase..ko faham aku kan long..kau la sahabat aku dunia akhirat…moga kita akan terus bersama long….

Maizatul…

Mai..sesingkat cuma pertemuan kita kali ni…takpelah..aku tau kita semua terikat dengan banyak tanggungjawab..tapi percayalah mai..saat2 kita yg singkat itu terlalu bermakna bagi kau..dapat tengok ko gelak, tengok ko makan..aku rindu tu semua…maafkan aku cz aku tak dapat nak makan sama2 ko..aku sendiri dalam keadaaan yg kurang baik waktu tu..maafkan aku nah…thanks juga pada jamal yg bawa korang datang umah cik eize..kita bertemu akhiryer..aku sayang dan rindu ko selalu…nah, doakan aku kuat dalam menjalani kehidupan ini..aku semakin lemah nah..kita semakin terpisah…jangan lupakan aku kerana aku tak pernah lupakan ko…

Img_0392

Adikku Fatah,

Tak sangka kan kita bertemu lagi..akak tahu fatah terperanjat dengan pertemuan ni….jangan salahkan sesapa..akak yg nak benda ni dirahsiakan..semata2 nak suprisekan fatah….24 jam belum mampu kita miliki fatah..lagu pun masih belum didendangkan untuk akak..mase terlalu mencemburui kita..thanks atas segalanya dik..akak tau keadaan akak agak merisaukan fatah…takpelah..akak terima segala ketentuan ini..mungkina ada hikmah disebalik kejadian ilahi ni..akak pasrah fatah…takde sape yg bersalah..cuma keadaan tak mengizinkan…tapi fatah, tak dapat tidak…rase terkilan ni tetap ada dlam hati akak..akak betul2 terkilan….melihat segala yg dah akak sediakan airmata jatuh sendiri..walaupun smapai hari ni….akak masih merasaiyer..entahlah…hati ni sukar tuk mempercayaiyer…doakan akak ye fatah..moga2 akak masih kuat dlaam menempuh ujian dari ilahi…buat fatah..akak sentiasa mengharapkan yg terbaik tuk fatah…percayalah..kalau niat kita baik..insyaallah…hikmahyer akan terasa juga..tapi fatah satu je…SEMALAM TAKKAN MAMPU KITA MILIKI DIK…..

Kak long,

Tak dapat i gambarkan perasaan hati saat menatap wajah u pertama kaliyer….i rindukan u kak long..sangat merindui u..i tau kita tak pernah gagal berhubung…walaupun sehari..tapi tetap tak sama bila dapat bertentang mata kan..kak long, maafkan i…tak sangka keadaan jadi mcm ni..i tak bermaksud nak bawa u kedalam kesedihan i….tapi kak long, i sendiri tak berdaya..dugaan ni terlalu perit untuk i terima….i cuba tuk jadi manusia yg kuat…mcm yg  i selalu ckp kat u, i nak jadi macam ultraman..tapi kak long, ultraman ni sentiasa diduga kak long..dan lampu dah semakin berkelip2 di dada i…aduhai kak long…moga ada secebis harapan untuk i..moga ada sedikit sinar tuk i..dan moga i diberikan kekuatan… i tau hati u…i sentiasa mendoakan kebahagiaan u..walau dimana pun kita,,walau selama mana pun kita terpisah..kita tetap bersama…percayalah..hubungan yg terjalin terlalu bermakna bagi i..dan i sangat2 menghargaiyer..thanks kak long atas segala perhatian..atas segala kasih sayang…atas segala bantuan.dari u untuk i selama ni….entah pda siapa lagi tempat i bercerita..kalau u tak de..thanks cz sudi mengongsi rase yg terbuku dihati ni…maafkan i….tak dapat meluang terlalu banyak mase untuk kita bersama..i nak bersembang lama dgn u, tapi kak long, i betul2 tak berdaya mlm tu..i betul2 tak mampu tuk bertahan…tapi takpelah kak long…i tau itu saat2 yg cukup berharga pada kita…rase tak mahu berpiah dgn u….rase tak mahu pergi meninggalkan u..tapi apakan daya..kita terpisah lagi…thanks hantar i sampai bp..thanks atas segala2nye..thanks cd kita tu..i sangat terharu melihatyer…sayang u selalu kak long…sayang selamanya…

Kuittho di tinggal lagi..kali ini mungkin lebih lama…andai ada kesempatan pasti aku akan kesana lagi..andai ada kelapangan pasti aku kembali lagi….aduhai hati….

~Cahaya Cinta~

Monday, September 4th, 2006

Img_0224 Dia Telah Telah Menentukannya
Kita Bertemu Dan Bercinta
Inilah Oh Takdirnya
Bukan Kerana Harta
Inilah Citra Cahaya Cinta

Pintu Hatiku Telah Kau Buka
Tak Mampu Ku Menafikannya
Kejujuran Diberi
Kasih Datang Terhenti
Ini Bahagia Yang Ku Cari

Sayangi Daku
Peluklah Daku
Janji Dengan Ku
Semai Cinta Nan Satu

Tuhan Menguji
Takkan Berhenti
Hanya Ku Pinta
Sama Setia Menjaga
Hingga Ke Alam Syurga