Archive for October, 2006

Aduhai Tulang Rusuk

Sunday, October 15th, 2006

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI  : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI  : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan  wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan

juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

 

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI  : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI  : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…"

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.

….

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua
sudah terlambat….

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??

Kasihmu Amanahku

Thursday, October 12th, 2006

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab
bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

p/s:If u luv someone put their
name in a circle instead of a heart,
bcoz hearts can break, but circles go on forever..

Buat temanku yg sedang bersedih

Thursday, October 5th, 2006

Setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan aturan ceritanya
rasa itu tetap sama
suatu kesedihan yg berat
kita terbelenggu di dalamnya…

Kita mahu keluar dari silam
dan melupakan segala
tetapi kenangan itu tak terpadam
ia bukan seperti karya novela
yg boleh diubahsuai jalan cerita
mengikut kata hati pengarangnya…

Kita meniti perjalanan realiti
takdir Tuhan yang Maha Mengetahui
segalanya dibawah lembayungNya
kita berusaha tetapi Dia jualah yg menentukan
percayalah sayang…
apa yg berlaku ada hikmahnya
kerana Dia jualah Maha Menyayangi
takkan ditimpakan ujian kepada hambaNya
sekiranya kita tak mampu menanggungnya….

Kau berkata, sayang
tiada siapa yg tahu selama ni tentang dirimu
sebahagian kisah hidupmu adalah suatu rahsia
nasibmu yg malang hanya kau pendam
kau menangis kesedihan keseorangan
oh sayang…betapa kita ada persamaan
aku juga tak mahu orang tahu
betapa aku juga mempunyai kisah sedih
namun ketahuilah sayang
setiap insan pasti ada secebis rahsia
yg seboleh mungkin mahu dipadamkan
walau berkali-kali mencuba tidak mungkin
mustahil kita menidakkan
sesuatu yg telah terjadi….

Sayangku…
kumengerti perasaanmu
bersabarlah sayangku..
ujian itu tanda Tuhan sayang kita…
Tuhan mengasihi orang yg sabar
pasti doamu suatu hari kan terjawab
jgn kau berputus asa pada rahmat Tuhan
kepadaNya sahaja kita berserah….

Sahabatku yang sedang bersedih
sapulah air matamu yg sedang mengalir
aku begitu sayu melihatmu begitu
mahu kusapu air mata itu dari pipimu
dan memelukmu dalam dakapanku
sambil berkata "Segalanya akan baik-baik saja"
ya…harapanku ada senyuman dibibirmu
senyuman yang bukan dipaksa
tapi terbit dari hati…

Sahabatku jangan bersedih..
kuizinkan kau menabir dirimu
hakikatnya bukan kau saja
percayalah ramai lagi yg berteduh di sini
dengan identiti yg berbeza-beza
namun punya hati yg sama….

Tidak mengapa sayang
ia bukan suatu dosa
asal saja ia dapat meringankan bebananmu
itulah yg paling kudoakan
luahkan segala curahan hatimu
selagi ia terpendam di lubuk jiwa
selagi itu kutahu ia memedihkan
bagai hati kita dirobek-robek
menjadi kepingan-kepingan
yg terbang dek angin
tapi pulang kembali memakan diri…
alangkah sadisnya..
bertahan sayang..bertahan…
Tuhan mendengar rintihanmu…

Buat sahabatku yang membaca puisi ini
benarlah puisi ini dikarang khas buatmu
sekiranya kau sudah habis membacanya
ingatlah bahawa ada seseorang
yg mendoakan kebahagiaanmu
percayalah bahawa dalam dirimu ada kekuatan
kau pasti dapat bangkit semula
dan menyapu rasa sedih dan kecewa
lantas membina semangat baru
suatu kehidupan yang tenang
dan diselangi keceriaan dan tawa…

Sayangku…
Senyumlah…
kerana aku turut tersenyum
melihat kau mula mengesat airmatamu
dan menguntum senyuman…..

Aku yakin sayangku…keceriaan akan kembali semula….

::Kata Orang vs Kata Mak::

Tuesday, October 3rd, 2006

Kata orang masa muda hanya sekali , jangan di persiakan..masa untuk enjoy , masa untuk mengetahui dan mencuba semua benda agar bila tua nanti tak menyesal…

Mak pula kata , masa muda masa untuk beramal dengan ilmu , beribadat , masa tenaga masih kuat , masa kudrat masih larat ,
Masa cari ilmu bina ketakwaan jaga keimanan…dan mak pesan jangan buat jahat sebab putik yang masih muda pun boleh gugur maka bersiap sedia mengingati mati…

Aku pula kata…ehmmm betul juga kata mak.

Kata orang ilmu tu penting untuk orang pandang tinggi pada kita , untuk hidup senang , untuk beli apa yang di idamkan , beli rumah besar , kereta mewah…barulah orang pandang tinggi bolehlah kita megah atas apa yang kita miliki…

Tapi mak kata " ilmu tu pembuka segala amal" ,makin berilmu makin tunduk pada kekuasaan Allah , makin mengakui dan
mengkagumi keesaan tuhan. Dengan ilmu juga kita berusaha untuk perbaiki diri …dan mak selalu pesan ilmu kena diamalkan sebabnya Allah benci pada orang yang berilmu tapi tak mengamalkanya.

Aku pula kata.betul juga kata mak nie….eh bukan betul jer tapi memang betul.

Orang kata , kita kena pandai cari dan ambil peluang , kesempatan yang ada jangan lepaskan , kena cepat.. nanti ketinggalan , jangan fikirkan orang lain yang penting diri kita kena di utamakan…

Tapi mak kata jangan bina kejayaan atas keruntuhan orang lain, jangan jatuhkan orang , rezeki di tangan tuhan ,kalau ada dapat kalau di takdirkan tak ada , usaha macam mana pun tak akan dapat. Mak pesan lagi jangan makan kawan kalau lapar sangat makan makanan yang halal ….lagi satu mak pesan usaha tu penting asas kejayaan ..

Aku pula kata ya.. mengiakan kata emak sambil mengangguk-anggukan kepalaku.

Kata orang kalau nak cari jodoh tu , carilah yang cantik sedap mata memandang, nanti tak lah jemu Pendidikan pun kena tinggi kalau tak , nak makan apa? …pasir…biar dapat kereta sebiji sebagai mas kahwin tak pun insuran….(macam iklan kat era tu…pasal insuran)

Mak pula kata jodoh pertemuan di tangan tuhan , kalau nak cari , carilah yang beriman dan beramal dengan apa yang dia pelajari.jangan pandang paras rupa sebabnya kecantikan akan hilang tak kekal lama , budi pekerti dan agama yang penting…kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup …maka jangan tersalah buat pilihan lalu mak pun menyanyikan lagu
"kepada mu tuhan , kusandar harapan, moga tak tersalah pilihan, seandai dirinya ,tercipta untukku rela ku menjadi miliknya"

Aku pulak terkejut gila…fuyoo mak pandai nyanyi lagu …tapi macam pernah dengar jer lagu nie.

Mak kata , alah lagu yang selalu dapat no 1 dalam carta era tu tapi jatuh no 15 minggu nie. Yang dapat no 5 dalam carta nasyid radio IKIM tu…terang mak bila lihat aku tercengang lihat mak.

Aku pulak kata betul juga kata mak pasal jodoh tu dalam hati kagum dengan mak , mak modenlah katakan brutal in iman lagi.

Kata orang "harimau mati tinggalkan belang ,manusia mati tinggalkan nama"

Mak pula kata …manusia tak ada belang maka bila mati tak boleh tinggalkan belang macam Pak Belang tu….mak kata lagi "hidup biar berjasa" biar orang tak kenal dan tak sanjung kita tapi pastikan dapat tempat di sisi Allah yang Esa. Mak kata lagi kalau buat sesuatu jangan nakkan balasan , jangan buat kerana nama , pangkat , atau darjat tapi biarlah ikhlas kerana Allah. Mak kata lagi kalau itu yang kita kejarkan ..pangkat , nama , darjat , sanjungan kita akan dapat tapi di akhirat tiada yang menanti. Lalu mak membacakan pesanan daripada Saidina Al-Khatab

Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman,
Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah
dgn hati yg lembut di waktu menghadapi kepahitan
dan hati yg sabar terbentang di dada.
Lisanmu perlu di kunci , matamu perlu dikendali,
Rahsiamu di sembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja.

Namamu jangan terkenal , pintumu di tutup , mulutmu tersenyum,Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu di pendam dan keaibanmu tersohor

Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman,Sedangkan hatimu menurut,Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit-bangkitkan,
Ambillah kesempatan pada malam itu , jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.

Aku pula kata terima kasih mak betul apa yang mak cakap tu…aku tersenyum riang terima kasih iibu ,ratu hatiku , insan yang paling aku kasihi dalam dunia nie terima kasih atas nasihat mu.

..Buat Seseorang Yang Masih Diingati…

Monday, October 2nd, 2006

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…