Aduhai Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI  : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI  : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan  wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan

juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

 

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI  : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI  : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…"

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.

….

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua
sudah terlambat….

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??

7 Responses to “Aduhai Tulang Rusuk”

  1. sHaH Says:

    ya betul..kdg2 kite mrh..kt awek kite jgj la kite sembur mrh kite..terkebil2 mate dia x tau pucuk pangkal..mmg average laki nih pns baran..n mulut lps ckp..tak terkecuali saya..hhmm…nape ekk..tp sian kt “Lelaki”…lame dia tunggu blk “Wanita”…tp leh lak kawin lain..senang2 je kan..ish3″Wanita2″

  2. AdiNda iKiN Says:

    “Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? ”

    Nyah…kalau dah terlepas kata2 mmg dah blh nak undur…jgn kater wanita ini kejam…tp kata2 yg diucap bisa mmbuat hati ni terluka spjg masa…walau ada ‘ubat’ tp sampai bile2 parutnyer adakan?….inilah nasib diri WANITA..huhu..sabor n redha aje yg termampu…yg penting cuber jdkan diri ni +ve sebaik yg mgkin….:)

  3. AdiNda iKiN Says:

    opss silap taip DAH TAK BOLEH UNDUR…

  4. sHaH Says:

    boleh undur la…pakai la mesin mase..then kite ubah blk ayat yg kiter dah t’lps ckp..tak pun masuk gear reverse..bole le undur..huahuahua..lawak gile aku

  5. sHaH Says:

    tp wanita x mcm lelaki..even lelaki terlepas ckp..dia sedar dia slh..n patut diberi peluang..nih wanita bole plak kawin lain…kalu stay takpe..cerai jgk…mmg wanita nih ader mslh sket…ish3

  6. nur maizatul Says:

    skrg shah ni kwn baru forum kluarge kite ker?…hihihi…
    pasti ko akan bertemu ngan cantuman tulang milik ko nyah…pasti…doa aku xpernah putus utk kebahagiaan korang…aminnn ya rabbal alamin..

  7. Yun.. Says:

    x semestinyer biler WANITA tu dah kawen die x setia atau aper2. kenkadang WANITA sanggup berkorban hati dan perasaan untuk membahagiakan LELAKI lain yang lebih memerlukannya. Kenapa WANITA masih perlu menjerut perasaan dengan mengunci hati pada LELAKI lain jika si LELAKI ego untuk menyatakannya. kadang-kadang kiter x berharap bende tu berlaku dalam hidup. tapi itular yg selalu berlaku dalam hidup kiter…

Leave a Reply