Selamat Pengantin Baru
Tuesday, December 19th, 2006Buat Encik Jamaluddin bin Sabran & Puan Nur Maizatul Akhmar Suratman (16.12.2006)
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
p/s: lagu ni sangat bermakna bagi korang berduakan..so aku dedicatekn pada korang…semoga bahagia ke akhir hayat…DI HATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU…(^-^)
Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati
Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang
Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku
Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih
