Jika ku tak bangun esok pagi…..

February 13th, 2007 by mairaindah

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

Sayang Ku Kau Jagalah Diri

Sentiasa Ingatkan Hati

Dirimu Amat Kucintai

Andai Dihimpit Kesusahan

Sujud Dan Mohon Pada Tuhan

Agar Diberikan Bimbingan

Meniti Hidup Bersendirian

Bila Terasa Sejuk

Pejamkan Mata

Bayangkan Dlm Dakapanku

Bila Rasa Rindu

Pejamkan Mata

Kita Bersua Dlm Lena

Kalau

Ada

Yg Sudi Menganti

Lepaskan Lah Ku Pergi

Kerna Insan Yg Se Istimewa Mu

Berhak Tuk Dicinta Dalam Hidup

"Syg… Tiada Apa Yg Kekal Dlm Dunia Ini..

Namun Yg Pasti

Walau Ku Tiada Nanti

Cinta Ku Akan Kekal Abadi"

Bila Terasa Sejuk

Pejamkan Mata

Bayangkan Dlm Dakapanku

Bila Rasa Rindu

Pejamkan Mata

Kita Bersua Dlm Lena

Ku Berharap Kau Tak Akan Lupa

Mengirim

Kan

Bekalan Doa

Kita Jumpa Lagi Disana Nanti

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi….

p/s:Aduhai sayunya…

Teman, andai benar ku tak bangun esok pagi..

Doakan kesejahteraan ku di sana…

Cinta Medik

February 1st, 2007 by mairaindah

Mlm tadi tgk cinta medik..8.30 kat TV 9..DEKAT DI HATI…ada cite baru,  CINTA MEDIK..best la gak..dah 3 episod aku tgk cite tu..tapi ble tgk cite tu mlm tadi sayu je rase hati..Sebenaryer cite tu mengisahkan 3 pasangan  student yg ambik cos medik..(fikri, khai, sharif, tasha, nadia n suhana..Mcm2 kisah diorg semua spnjg diorg menuntut kat situ..tapi yg aku nak cite kat sini, yg membuatkan hati tersentuh, bila scene mlm tadi, nadia, tasha n suhana same2 jalan2 g shoping, study n g kuliah sesame. Mengusik kenangan yg tersemat di hati ni… dulu aku, ekin n mai cam gtu la gak..

G shopping sesame(wlu tak selaluJ), jenjalan sesame, makan, dlm bilik, g kuliah semua sesame..senang kate dah jadi trio dah kitorg bertiga ni..mane ada mai, situla ade ekin n aku..mcm

tula

kami..Mlm tadi mase tgk suhana n nadia nak ubah personality su, diorg sibuk pilihkan baju, kasut n everything yg baru tuk su. Time diorg masuk kedai aksesori SINMA terkenang2 saat aku, ekin n mai pilih brooch kat summit dulu..time g beli kasut..semuanya macam berulang je mlm tadi….adoi kenangan betul..tapi tu semua kisah aku 2001-2006….Sekarang ni di tahun 2007..semua dah tak mcm dulu…masing2 dah ada hidup sendiri..tapi tetap kekal di hati..InsyaAllah

So pada sahabat2 ku…

SPECIAL SONG FOR SPECIAL PERSON LIKE U ALL….

SAHABAT

Pertemuan telah ditakdirkan
Antara kita tidak pernah dirancang
Manalah takdir hendak di lawan
Semuanya ketentuan tuhan

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini

Sahabat yang amat kukasihi
Susah senang kau di samping ku
Kehadiran dikau di sisi
Mengubat sepi di hatiku

Sahabat yang amat ku cintai
Susah senang kau di samping ku
Walau kini hilang di mata
Namun kau tetap di hatiku

Sahabat bertuahnya ku rasa
Mendapat teman seperti mu
Membimbing menasihati ku
Hanya satu dalam beribu

Namun kini hanyalah tinggal kenangan
Pertemuan kita dilamar perpisahan
Kemesraan bermekar di akhir perkenalan
Sayu menitiskan airmataku

Selamat Pengantin Baru

December 19th, 2006 by mairaindah

Img_1052

Buat Encik Jamaluddin bin Sabran & Puan Nur Maizatul Akhmar Suratman (16.12.2006)

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
Img_1074

p/s: lagu ni sangat bermakna bagi korang berduakan..so aku dedicatekn pada korang…semoga bahagia ke akhir hayat…DI HATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU…(^-^)

Kupendamkan perasaan ini
Kurahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Kupohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi resahnya hati ini
Mendambakan kasih insan yang kusayang

Di hati ini hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini aku rindu padamu
Tulus sanubari menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan waktu
Adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
Insan yang berkasih

Img_1081 Img_1076

Img_1089 Img_1086

mY SwEET mEmORy..10 nOV 06

November 16th, 2006 by mairaindah

Img_0926 Selamat Hari Lahir buat diri sendiri yang ke 23

Syukur pada Tuhan, atas kurnianya masih dipanjangkan nyawa ini, masih dipinjamkan dunia ini..alhamdulillah. Mengimbau kenangan setahun yg lalu..sambut bday dengan sahabat2 C201…indah sangat rasenya..sekarang semua dah berlalu..kenangan yang tak mungkin dapat berulang lagi…walau apepun ucapan selamat dari family kecilku masih ada seperti dulu..thanx…

Img_0921 Tahun ni 10 Nov 06… tak sangka dapat sambut di Kuala Terengganu..dan lebih membahagiakan disambut bersama insan tersayang..thanx kak long..for every moment we share together… menjelajah kuala terengganu bersama u..menghabiskan 7 hari bersama u..sangat bermakna pada i..walau apepun yg terjadi masa akan datang, simpanlah ia sebagai kenangan terindah dlm hidup kita..banyak yg kita kongsikan bersama..kadang-kadang i seolah takut mengukir kenangan..benar kata u "KITA BERTEMU UNTUK BERPISAH"… Hakikatya begitulah…mase terus berlalu..dan kita ada jalan hidup kita sendiri.. Tiada kata yang setandingnya yg boleh i lafaskan tuk mengambarkan rase hati..hanya Allah yang tahu hati kita…yang pasti kita berkongsi rasa BAHAGIA ni… Thanks tuk kek n hadiah tu..cantik dan sedap..sangat-sangat..bahagia sangat rasenya..benar kalau kita lapar bukan mandi penghilangyer..namun percayalah i dah cukup bersyukur dengan kurniaan ilahi ni..perkenalan kita membawa 1001 erti pada i.. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA DARI I UTK U…SAYANG U SELAMANYA

Img_0899 Buat sahabat kayun ku…. Terima kasih untuk kapal layar tu..insyaallah aku akan layari kehidupan ini dengan penuh semangat dan keazaman…aku yakin pada hkmah allah yun..doakan aku terus kuat dalam menempuh tiap dugaan yang mendatang….Thanks atas segalanya Siti Yuhana:-)

Img_0795_6 Buat semua yang mengingati tarikh ini 10.11.06… terima kasih banyak2

Buat mira- thanks atas pangilan tu..akak betul2 terharu…

Buat keluarga kecil ku (mai, yana, ekin) - aku tau korang sayangkan aku..

Img_0796_7 Buat adik2 kuittho tersayang - terima kasih kerana hadir dlm hdup ini

Buat keluarga tercinta - insan bergelar noor aziyan ini semakin memahami erti kehidupan…tq

Img_0790 Sahabat, rakan dan taulan…tq

TERIMA KASIH BUAT SEMUA (^-^) 

Img_0939 Img_0945 Img_0919_7

PEOPLE COME INTO YOUR LIFE FOR A REASON

November 2nd, 2006 by mairaindah

20058683249137l_1
People come into your life for a reason, a season or a lifetime.
When you know which one it is, you will know what to do for that person. When
someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have
expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you
with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually.
They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you
need them to be.

17067437438103l
Then, without any wrongdoing on your part or at an
inconvenient time, this person will say or do
 something to bring the
relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away.
 
Sometimes they act up
and force you to take a stand. What we must re alize is that our need has been
met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been
answered and now it is time to move on.
Dsc00122

Some people come into your
life for a SEASON,
 because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an
experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have
never done. They usually give you an unbelievable amouImg_0380_6
nt of joy. Believe it, it
is real. But only for a season.!

Dsc00140
LIFETIME relationships
teach you lifetime lessons,
 things you must build upon in order to have a solid emotional
foundation. Your job is to accept the
 lesson, love the person and put what you have learned to use in all
other relationships and areas of your life.
 It is said that love is
blind but friendship is clairvoyant
 .

Img_0387

Thank you for being a part
of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.

Aduhai Tulang Rusuk

October 15th, 2006 by mairaindah

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI  : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI  : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan  wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan

juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

 

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI  : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI  : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…"

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.

….

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua
sudah terlambat….

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima??

Kasihmu Amanahku

October 12th, 2006 by mairaindah

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab
bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

p/s:If u luv someone put their
name in a circle instead of a heart,
bcoz hearts can break, but circles go on forever..

Buat temanku yg sedang bersedih

October 5th, 2006 by mairaindah

Setelah kuamati luahan perasaanmu
diriku turut terasa sayu
kerana apa yg kau rasakan
seolah jiwaku yg merasakan
kita berkongsi kisah duka
walau berlainan aturan ceritanya
rasa itu tetap sama
suatu kesedihan yg berat
kita terbelenggu di dalamnya…

Kita mahu keluar dari silam
dan melupakan segala
tetapi kenangan itu tak terpadam
ia bukan seperti karya novela
yg boleh diubahsuai jalan cerita
mengikut kata hati pengarangnya…

Kita meniti perjalanan realiti
takdir Tuhan yang Maha Mengetahui
segalanya dibawah lembayungNya
kita berusaha tetapi Dia jualah yg menentukan
percayalah sayang…
apa yg berlaku ada hikmahnya
kerana Dia jualah Maha Menyayangi
takkan ditimpakan ujian kepada hambaNya
sekiranya kita tak mampu menanggungnya….

Kau berkata, sayang
tiada siapa yg tahu selama ni tentang dirimu
sebahagian kisah hidupmu adalah suatu rahsia
nasibmu yg malang hanya kau pendam
kau menangis kesedihan keseorangan
oh sayang…betapa kita ada persamaan
aku juga tak mahu orang tahu
betapa aku juga mempunyai kisah sedih
namun ketahuilah sayang
setiap insan pasti ada secebis rahsia
yg seboleh mungkin mahu dipadamkan
walau berkali-kali mencuba tidak mungkin
mustahil kita menidakkan
sesuatu yg telah terjadi….

Sayangku…
kumengerti perasaanmu
bersabarlah sayangku..
ujian itu tanda Tuhan sayang kita…
Tuhan mengasihi orang yg sabar
pasti doamu suatu hari kan terjawab
jgn kau berputus asa pada rahmat Tuhan
kepadaNya sahaja kita berserah….

Sahabatku yang sedang bersedih
sapulah air matamu yg sedang mengalir
aku begitu sayu melihatmu begitu
mahu kusapu air mata itu dari pipimu
dan memelukmu dalam dakapanku
sambil berkata "Segalanya akan baik-baik saja"
ya…harapanku ada senyuman dibibirmu
senyuman yang bukan dipaksa
tapi terbit dari hati…

Sahabatku jangan bersedih..
kuizinkan kau menabir dirimu
hakikatnya bukan kau saja
percayalah ramai lagi yg berteduh di sini
dengan identiti yg berbeza-beza
namun punya hati yg sama….

Tidak mengapa sayang
ia bukan suatu dosa
asal saja ia dapat meringankan bebananmu
itulah yg paling kudoakan
luahkan segala curahan hatimu
selagi ia terpendam di lubuk jiwa
selagi itu kutahu ia memedihkan
bagai hati kita dirobek-robek
menjadi kepingan-kepingan
yg terbang dek angin
tapi pulang kembali memakan diri…
alangkah sadisnya..
bertahan sayang..bertahan…
Tuhan mendengar rintihanmu…

Buat sahabatku yang membaca puisi ini
benarlah puisi ini dikarang khas buatmu
sekiranya kau sudah habis membacanya
ingatlah bahawa ada seseorang
yg mendoakan kebahagiaanmu
percayalah bahawa dalam dirimu ada kekuatan
kau pasti dapat bangkit semula
dan menyapu rasa sedih dan kecewa
lantas membina semangat baru
suatu kehidupan yang tenang
dan diselangi keceriaan dan tawa…

Sayangku…
Senyumlah…
kerana aku turut tersenyum
melihat kau mula mengesat airmatamu
dan menguntum senyuman…..

Aku yakin sayangku…keceriaan akan kembali semula….

::Kata Orang vs Kata Mak::

October 3rd, 2006 by mairaindah

Kata orang masa muda hanya sekali , jangan di persiakan..masa untuk enjoy , masa untuk mengetahui dan mencuba semua benda agar bila tua nanti tak menyesal…

Mak pula kata , masa muda masa untuk beramal dengan ilmu , beribadat , masa tenaga masih kuat , masa kudrat masih larat ,
Masa cari ilmu bina ketakwaan jaga keimanan…dan mak pesan jangan buat jahat sebab putik yang masih muda pun boleh gugur maka bersiap sedia mengingati mati…

Aku pula kata…ehmmm betul juga kata mak.

Kata orang ilmu tu penting untuk orang pandang tinggi pada kita , untuk hidup senang , untuk beli apa yang di idamkan , beli rumah besar , kereta mewah…barulah orang pandang tinggi bolehlah kita megah atas apa yang kita miliki…

Tapi mak kata " ilmu tu pembuka segala amal" ,makin berilmu makin tunduk pada kekuasaan Allah , makin mengakui dan
mengkagumi keesaan tuhan. Dengan ilmu juga kita berusaha untuk perbaiki diri …dan mak selalu pesan ilmu kena diamalkan sebabnya Allah benci pada orang yang berilmu tapi tak mengamalkanya.

Aku pula kata.betul juga kata mak nie….eh bukan betul jer tapi memang betul.

Orang kata , kita kena pandai cari dan ambil peluang , kesempatan yang ada jangan lepaskan , kena cepat.. nanti ketinggalan , jangan fikirkan orang lain yang penting diri kita kena di utamakan…

Tapi mak kata jangan bina kejayaan atas keruntuhan orang lain, jangan jatuhkan orang , rezeki di tangan tuhan ,kalau ada dapat kalau di takdirkan tak ada , usaha macam mana pun tak akan dapat. Mak pesan lagi jangan makan kawan kalau lapar sangat makan makanan yang halal ….lagi satu mak pesan usaha tu penting asas kejayaan ..

Aku pula kata ya.. mengiakan kata emak sambil mengangguk-anggukan kepalaku.

Kata orang kalau nak cari jodoh tu , carilah yang cantik sedap mata memandang, nanti tak lah jemu Pendidikan pun kena tinggi kalau tak , nak makan apa? …pasir…biar dapat kereta sebiji sebagai mas kahwin tak pun insuran….(macam iklan kat era tu…pasal insuran)

Mak pula kata jodoh pertemuan di tangan tuhan , kalau nak cari , carilah yang beriman dan beramal dengan apa yang dia pelajari.jangan pandang paras rupa sebabnya kecantikan akan hilang tak kekal lama , budi pekerti dan agama yang penting…kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup …maka jangan tersalah buat pilihan lalu mak pun menyanyikan lagu
"kepada mu tuhan , kusandar harapan, moga tak tersalah pilihan, seandai dirinya ,tercipta untukku rela ku menjadi miliknya"

Aku pulak terkejut gila…fuyoo mak pandai nyanyi lagu …tapi macam pernah dengar jer lagu nie.

Mak kata , alah lagu yang selalu dapat no 1 dalam carta era tu tapi jatuh no 15 minggu nie. Yang dapat no 5 dalam carta nasyid radio IKIM tu…terang mak bila lihat aku tercengang lihat mak.

Aku pulak kata betul juga kata mak pasal jodoh tu dalam hati kagum dengan mak , mak modenlah katakan brutal in iman lagi.

Kata orang "harimau mati tinggalkan belang ,manusia mati tinggalkan nama"

Mak pula kata …manusia tak ada belang maka bila mati tak boleh tinggalkan belang macam Pak Belang tu….mak kata lagi "hidup biar berjasa" biar orang tak kenal dan tak sanjung kita tapi pastikan dapat tempat di sisi Allah yang Esa. Mak kata lagi kalau buat sesuatu jangan nakkan balasan , jangan buat kerana nama , pangkat , atau darjat tapi biarlah ikhlas kerana Allah. Mak kata lagi kalau itu yang kita kejarkan ..pangkat , nama , darjat , sanjungan kita akan dapat tapi di akhirat tiada yang menanti. Lalu mak membacakan pesanan daripada Saidina Al-Khatab

Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman,
Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah
dgn hati yg lembut di waktu menghadapi kepahitan
dan hati yg sabar terbentang di dada.
Lisanmu perlu di kunci , matamu perlu dikendali,
Rahsiamu di sembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja.

Namamu jangan terkenal , pintumu di tutup , mulutmu tersenyum,Perutmu lapar , hatimu luka, pangkatmu di pendam dan keaibanmu tersohor

Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman,Sedangkan hatimu menurut,Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit-bangkitkan,
Ambillah kesempatan pada malam itu , jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan.

Aku pula kata terima kasih mak betul apa yang mak cakap tu…aku tersenyum riang terima kasih iibu ,ratu hatiku , insan yang paling aku kasihi dalam dunia nie terima kasih atas nasihat mu.

..Buat Seseorang Yang Masih Diingati…

October 2nd, 2006 by mairaindah

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…