Wena Conference

September 27th, 2006 by mairaindah

Img_0427 Img_0463 Img_0411 PERSIDANGAN TAHUNAN E-NIAGA (INISIATIF PENYERAPAN E-NIAGA) PADA 21-22 SEPT 2006, SUNWAY LAGOON RESORT HOTEL.

Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan untuk inisiatif penyerapan  E-Niaga WENA merupakan acara yang harus diteruskan untuk para usahawan, badan-badan sosial, para graduan, individual, pemimpin kerajaan dan ahli-ahli organisasi dalam menambah pengetahuan, mengendalikan kemahiran dan berkongsi pengalaman dengan pengusaha E-Niaga, pemikir dan peniaga kecil-kecilan.

Img_0434 Persidangan E-Niaga WENA yang akan dijadikan Persidangan Tahunan bertujuan untuk :

  1. Menyediakan wacana untuk percambahan pemikiran, pertukaran maklumat dan pengalaman di antara pengamal dan pemikir perniagaan berteraskan Internet.

  2. Img_0433 Menyediakan maklumat terkini segala aspek penting mengenai E-Niaga untuk menjadi panduan perlaksanaan.

Antara topik-topik yang akan dibincangkan dalam persidangan tersebut adalah seperti berikut :

·        Best Practice on Web Design – Mr Hong Kah Hin, Agenda-Asia.com

·        Online Marketing – Engaging Customer Experience – Datin Dr Rohani Hussin,  KDEB Anzagain Sdn Bhd

·        Online Payment System-Financial Process Exchange – Mr Nawaruddin, MEPS

·        Exporting and the Internet – Dr Omar Dakshin

·        Managing Customer Information- Mr Sam Voon, Global Surf Sdn Bhd

·        E-Security in E-Business: Myth or Reality – Raja Azrina Raja Othman, NISER

Lawati Laman Web Wena di www.wena.org.my/conference

Img_0399_1 Img_0448 Img_0455 Img_0468 Img_0422 Img_0470

Img_0472

Lelaki Di Mata Wanita

September 19th, 2006 by mairaindah

Lelaki! Mereka dianggap pelindung kepada wanita, tempat berkongsi segala keperitan dan penderitaan. Namun, mereka juga boleh berubah menjadi manusia yang paling kejam hingga sanggup merosakkan kaum wanita yang sepatutnya mereka lindungi itu!
Lelaki! Insan yang bernama lelaki ini amat sukar utk difahami. Terlalu kompleks sikap mereka, hingga memaksa seseorang wanita itu menyelami diri mereka sedalamnya untuk kenal siapa mereka yang sebenarnya. Namun begitu, lelaki di mata wanita tetap sebagai pasangan yang perlu dihormati dan disayangi selalu. Tempat mereka menumpang teduh…
Tidak dinafikan, antara topik paling hangat yang sering dibualkan apabila bersama teman-teman. Biasalah kan, sama seperti lelaki juga! Ermm..apa pula agaknya pandangan perempuan terhadap lelaki dan apa agaknya criteria yang sering dilabelkan oleh perempuan terhadap lelaki? Jom kita kupas sedikit demi sedikit dan sejauhmana kebenarannya…mungkin diri kamu sendiri yang boleh menilai sejaumana kebenaran akan tanggapan tersebut.

BEKERJA KERAS
Syabas! Mereka yang rajin berusaha untuk memantapkan lagi kerjaya mereka memang menjadi idaman dan kebanggaan wanita. Bukan apa, kerjaya adalah jaminan kehidupan yang lebih terjamin.

BIJAK
Perempuan tak suka teman lelaki mereka bodoh dan kurang pengetahuan! Malah mereka bangga jika ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka. Siapa yang tidak bangga beb! Walaupun mereka sendiri kurang bijak tapi seboleh-bolehnya mereka ingin teman lelaki mereka lebih pandai daripada mereka sendiri!

BERSIFAT KELELAKIAN
Wow! Sebenarnya itu dianggap satu bonus lumayan bagi gadis yang punya teman lelaki yang ‘good looking’ ni. Namun kebanyakan wanita, masih banyak cirri lain yang dititikberatkan. Buat apa sekadar wajah tampan tapi hodoh budi bahasa? Selalunya bagi seseorang gadis, paras rupa jatuh tangga kedua. Yang paling utama, seorang lelaki itu menyayangi dirinya sepenuh jiwa, dapat melindunginya serta mengambil berat.

SENSITIF
Memang sah! Mungkin lelaki kata kaum perempuan ni sensitif. Tapi jangan tak tahu, lelakipun tak kurang sensitifnya juga. Silap haribulan, kalah orang perempuan! Pantang tersentuh jiwa, mulalah muncung panjang sedepa.

EGO
Ishh! Ini antara perkataan yang paling menyakitkan untuk disebut. Lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego. Kalau boleh, nak orang ikut telunjuk mereka saja. Tak nak langsung dengar nasihat dan pendapat orang lain. Sesekali apa salahnya denga pendapat orang lain. Tak semestinya apa yang dirasai betul itu memang tepat!

SUKA AMBIL MUDAH
Sikap inilah yang sering menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. Bukan apa, orang perempuan ni gemar melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan terancang. Tak suka perkara itu dibuat secara sambil lewa saja. Lelaki bersikap sebaliknya. Suka ambil mudah saja sehingga terlihat seolah-olah mereka itu tak peduli.

MANJA DAN SUKA DIBELAI
Alahai! Lelaki sering dikaitkan dengan sifat macho, kuat dan maskulin. Namun pada hakikatnya, lelaki juga ingin dimanja dan dibelai. Di sebalik tubuh gagah itu terselit sikap umpama kanak-kanak dalam jiwa mereka. Mereka gemar jika dibelai oleh orang yang mereka sayangi. Walaupun mungkin ramai yang cuba menafikan, tapi itu adalah hakikat!

BIJAK MENGURUSKAN KEHIDUPAN
Lelaki juga dikatakan lebih bijak menguruskan kehidupan berbanding dengan perempuan. Contohnya hal rumahtangga. Baru beberapa hari bercinta, dah siap perancangan untuk mendirikan rumahtangga nanti! Mungkin ini didorong oleh sifat mereka yang berpandangan jauh ke depan. Tak seperti perempuan.

PERAHSIA
Siapa cakap senang nak korek rahsia lelaki? Susah beb! Ternyata memang sukar nak tahu tentang perasaan mereka, apa yang sebenarnya mereka rasa. Berbanding dengan wanita yang lebih terbuka dalam menzahirkan perasaan. Contohnya, cemburu. Lelaki sukar nak tunjukkan sikap cemburu mereka. Kononnya nak kontrol ego la tuh!

LEBIH MEMAHAMI DAN MUDAH MEMBANTU MASALAH
Itu betul! Lelaki jenis yang senang menghulurkan bantuan. Mungkin kerana mereka tidak berkira sangat. Kalau diminta bantuan, pasti kan cuba ditolong sedaya upaya. Apatah lagi kalau org perempuan yang minta. Cepat aje…!

AWEK JATUH TEMPAT KEDUA
Ini yang tak syok ni! Perempuan sering merasakan bahawa diri mereka itu bukan pekara terpenting dalam hidup lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan lebih cintakan karier dan kereta berbanding awek sendiri!

MEROKOK
Memang tak patut! Rasanya sebahagian besar daripada perempuan tak suka lelaki perokok! Busuk! Tapi ramai yang terpaksa ‘rela dalam paksa’ bila dapat pakwe perokok. Puas cuba dinasihati tapi tak masuk telinga pun. Bahkan ada lelaki yang berprinsip ‘biar hilang awek asal jangan hilang rokok’! Teruknya!

PENGOTOR
Berbanding dengan perempuan, lelaki kurang menjaga kebersihan diri mereka dan pengotor. Mana taknya, baju yang dipakainya sesuka hati saja dilempar ke sana sini. Kadangkala tu, baju yang tak berbasuh dipakai semula. Tak ke pengotor namanya tu!

Aduhai….

September 14th, 2006 by mairaindah

Kita selalu Bertanya……dan Al-Quran sudah menjawabnya…

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286 KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURANMENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… " - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

||Tiap yg berlaku ada hikmahyer..semoga allah merestui tiap apa yg kita lakukan..dan semoga allah tidak menguji kita dengan ujian yg tak mampu tuk kita tempuhi||

My heart……..

September 13th, 2006 by mairaindah

If you love somebody could be this strong

I will fight to it, our love will conquer all

Wouldn’t risk my love even just one night

Our love will stay in my heart

Mcm tak percaya bila kaki melangkah lagi ke bumi kuittho. alhamdulillah Allah beri kemudahan untuk sampai kesana lagi…walaupun banyak keja d opis..tapi rase rindu pada teman2 yang ditinggalkan terlalu mengamit rasa…happy sangat bla dapat jumpa ikin kat puduraya n balik batu pahat sama-sama lagi mcm dulu…sepanjang jalan aku dan ekin bersembang…selamba je..kadang2 terkuat gak kami gelak..sori la klu ada penumpang yg rase terganggu..peduli tidak..hehe..rase semua benda nak cite dgn ekin..hahaha..bestyerrrrrr dapat berbual2 depan mata mcm tu..selalu sembang kat ym je..gelak pun tak dengar, nangis pun tak dengar,..pertama kali dalam sejarah ekin, dia tak tido dalam bus…kahkahkah..bocor rahsia….Sampai je terus g tapak konvo..lapa sebenaryer..so terus ke sana….tak sangka family pedu dah ada kat sana..wah dengan selamba je kami berpelukan kat sana dgn family pedu..kat tengah2 tapak konvo tu..tapi yg paling sayu bila mendakap abby, mira, maya dan ain….rinduyer..abby..akak tak dapat lupakan petemuan kita tu..tak sangka kita berpeluang bertemu lagi..mengulangi memori silam bersama..abby akak rindukan abby….

Adikku abby….

Maafkan akak kalau kehadiran akak tak mampu mengembirakan abby..akak tahu kesuntukan masa sangat terasa…semua benda kita nak buat… bercerita.. ketawa…thank teman akak makan..thank kerana ada di sisi saat akak betul2 memerlukan seseorg..terutama masa petang ahad tu….sian abby..jadi tempat akak meluah rase..abby akak sangat sedih petang tu..satu2 ujian datang pada akak..akak nak jadi manusia kuat..akak nak jadi insan yg tabah dalam menempuh ujian ilahi..tapi dik..saat tu akak benar2 tewas..akak tak mampu bendung airmata ni lagi..terase sayu sangat b, terasa sakit kat ulu hati…abby, percayalah bukan mudah untuk menempuh ranjau dalam kehidupan ini..justeru adikku…hargailah tiapa apa yg abby ada sekarang..jangan persia peluang yg ada..kerana tak semua yang kita ada hari ni akan terus menjadi milk kita di hari esok…akak doakan abby bahagia sentiasa..dan berdoalah dik agar kita akan bertemu lagi….akak merindui abby sangat2…

Hasikin…..

Thanks long atas segala bantuan ko pada aku..thanks kerana ada di saat aku betul2 memerlukan sokongan ko…aku sayang ko long..cuma kadang2 aku tak dapat nak lawan rase hati yg terkilan dgn apa yg berlaku…aku tak salahkan sesapa long..mungkn silapye hanya pada aku..aku yg terlalu berharap…aku yg terbang lagi..dan akhiryer aku jatuh lagi…entahla long..aku ni tak penah serikkan long..degil sangat..thanks kerana sudi menyayangi diri ni long..aku sangat2 menghargaiyer..aku tau apa yg jadi ms kat meja makan tghari tu..antara ko, abby n fatah..aku kenal ko dah lama long..tapi takpe, aku tau ko cuma nak yg terbaik tuk aku..thanks sekali lagi long….long, kenangan kita akan aku semat dalam hati ni sentiasa..aku tau aku tak perlu tulis panjang2 lagi..ko tahu hati aku…ko tahu apa yg aku rase..ko faham aku kan long..kau la sahabat aku dunia akhirat…moga kita akan terus bersama long….

Maizatul…

Mai..sesingkat cuma pertemuan kita kali ni…takpelah..aku tau kita semua terikat dengan banyak tanggungjawab..tapi percayalah mai..saat2 kita yg singkat itu terlalu bermakna bagi kau..dapat tengok ko gelak, tengok ko makan..aku rindu tu semua…maafkan aku cz aku tak dapat nak makan sama2 ko..aku sendiri dalam keadaaan yg kurang baik waktu tu..maafkan aku nah…thanks juga pada jamal yg bawa korang datang umah cik eize..kita bertemu akhiryer..aku sayang dan rindu ko selalu…nah, doakan aku kuat dalam menjalani kehidupan ini..aku semakin lemah nah..kita semakin terpisah…jangan lupakan aku kerana aku tak pernah lupakan ko…

Img_0392

Adikku Fatah,

Tak sangka kan kita bertemu lagi..akak tahu fatah terperanjat dengan pertemuan ni….jangan salahkan sesapa..akak yg nak benda ni dirahsiakan..semata2 nak suprisekan fatah….24 jam belum mampu kita miliki fatah..lagu pun masih belum didendangkan untuk akak..mase terlalu mencemburui kita..thanks atas segalanya dik..akak tau keadaan akak agak merisaukan fatah…takpelah..akak terima segala ketentuan ini..mungkina ada hikmah disebalik kejadian ilahi ni..akak pasrah fatah…takde sape yg bersalah..cuma keadaan tak mengizinkan…tapi fatah, tak dapat tidak…rase terkilan ni tetap ada dlam hati akak..akak betul2 terkilan….melihat segala yg dah akak sediakan airmata jatuh sendiri..walaupun smapai hari ni….akak masih merasaiyer..entahlah…hati ni sukar tuk mempercayaiyer…doakan akak ye fatah..moga2 akak masih kuat dlaam menempuh ujian dari ilahi…buat fatah..akak sentiasa mengharapkan yg terbaik tuk fatah…percayalah..kalau niat kita baik..insyaallah…hikmahyer akan terasa juga..tapi fatah satu je…SEMALAM TAKKAN MAMPU KITA MILIKI DIK…..

Kak long,

Tak dapat i gambarkan perasaan hati saat menatap wajah u pertama kaliyer….i rindukan u kak long..sangat merindui u..i tau kita tak pernah gagal berhubung…walaupun sehari..tapi tetap tak sama bila dapat bertentang mata kan..kak long, maafkan i…tak sangka keadaan jadi mcm ni..i tak bermaksud nak bawa u kedalam kesedihan i….tapi kak long, i sendiri tak berdaya..dugaan ni terlalu perit untuk i terima….i cuba tuk jadi manusia yg kuat…mcm yg  i selalu ckp kat u, i nak jadi macam ultraman..tapi kak long, ultraman ni sentiasa diduga kak long..dan lampu dah semakin berkelip2 di dada i…aduhai kak long…moga ada secebis harapan untuk i..moga ada sedikit sinar tuk i..dan moga i diberikan kekuatan… i tau hati u…i sentiasa mendoakan kebahagiaan u..walau dimana pun kita,,walau selama mana pun kita terpisah..kita tetap bersama…percayalah..hubungan yg terjalin terlalu bermakna bagi i..dan i sangat2 menghargaiyer..thanks kak long atas segala perhatian..atas segala kasih sayang…atas segala bantuan.dari u untuk i selama ni….entah pda siapa lagi tempat i bercerita..kalau u tak de..thanks cz sudi mengongsi rase yg terbuku dihati ni…maafkan i….tak dapat meluang terlalu banyak mase untuk kita bersama..i nak bersembang lama dgn u, tapi kak long, i betul2 tak berdaya mlm tu..i betul2 tak mampu tuk bertahan…tapi takpelah kak long…i tau itu saat2 yg cukup berharga pada kita…rase tak mahu berpiah dgn u….rase tak mahu pergi meninggalkan u..tapi apakan daya..kita terpisah lagi…thanks hantar i sampai bp..thanks atas segala2nye..thanks cd kita tu..i sangat terharu melihatyer…sayang u selalu kak long…sayang selamanya…

Kuittho di tinggal lagi..kali ini mungkin lebih lama…andai ada kesempatan pasti aku akan kesana lagi..andai ada kelapangan pasti aku kembali lagi….aduhai hati….

~Cahaya Cinta~

September 4th, 2006 by mairaindah

Img_0224 Dia Telah Telah Menentukannya
Kita Bertemu Dan Bercinta
Inilah Oh Takdirnya
Bukan Kerana Harta
Inilah Citra Cahaya Cinta

Pintu Hatiku Telah Kau Buka
Tak Mampu Ku Menafikannya
Kejujuran Diberi
Kasih Datang Terhenti
Ini Bahagia Yang Ku Cari

Sayangi Daku
Peluklah Daku
Janji Dengan Ku
Semai Cinta Nan Satu

Tuhan Menguji
Takkan Berhenti
Hanya Ku Pinta
Sama Setia Menjaga
Hingga Ke Alam Syurga

DUGAAN BUATMU…

August 20th, 2006 by mairaindah

Ziana Zain - Dugaan Buat Mu

Bersungguhkah
Engkau dalam percintaan
Beranikah
Menempuh dugaan
Kerana ku bimbang
kau tak mampu untuk bersama
Menghadapi rintangan
Di hari muka

Bukan mudah
Untuk menguji hatimu
Bukan maksud
Menolak cintamu terhadapku
Harap kau bertahan
Bukan hanya dipermulaan
Ku tak ingin lagi
Mengejar bayang(an)

Entah kah Apa gerangan
Jiwaku Rasa tertekan
Setelh lama ditinggalkan sunyi tak berteman

Peritnya Kenangan silam
Ku harap Tidak(kan) berulang
Tak ingin lagi aku dilukai
Memang banyak dugaan
terpaksa ku pertaruhkan
Terhadapmu (untuk itu)…maafkanlah aku

Kekasihku
Dugaan datang menguji
Tiada erti
tanpa kesungguhan yang kau beri
Kan terbenam nanti
Dan yang rapuh gagal berdiri
Andai kita mungkir
Berpegang janji

Tidak Sehebat Aliyah

August 14th, 2006 by mairaindah

Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi, Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga, sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis, masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, seusai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu, Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda. Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh? pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg, terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. Kak Aliyah yang minta, masih lembut dia memujuk Qis. Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis! terkejut Asraf Mukmin. Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham, Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg, Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang… Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg…

3. aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg…

Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abg yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg…Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!"

Mencari Yang Hilang…

August 11th, 2006 by mairaindah

Ku berlari dalam kesamaran,

Ku menyusuri pekat malam,

Gelap,

Sendiri,

Menguliti kesunyian, kesepian,

Dalam dakapan rindu kenangan

Dalam hangat belaian semalam,

Tenggelam,

Hanyut,

Lemas di persisiran pantai kehidupan,

Terdampar di permukaan kekejaman,

Mencalar,

Menikam,

Merobek,

Hancur berderai kubu harapan,

Punah sebuah impian,

Terhempas tugu kecintaan,

Tak perlu disingkapkan,

Tak perlu …

Harapan yang datang

Dibelai ditatang

Agar menjadi milik dan kepunyaan,

Masihkah ada ruang?

Belaskah takdir seorang insan?

Aku yang kehilangan

Aku yang kehilangan

Dalam cerah, terang,

Dalam lautan cahaya,

Aku yang terusan kehilangan,

Hilang dalam dakapan kenangan

Hilang dipermukaan harapan

Hilang dipersada impian

Hilang diperjalanan suratan

Akukah yang bersalah?

Bersalahkah aku pada sebuah kehilangan?..

Secebis Harapan

August 2nd, 2006 by mairaindah

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan……

Renungan Bersama :-)

July 27th, 2006 by mairaindah

Bagi yang bujang sesuatu i’tibar. Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu . Bagi yang berkeluarga perlu mengajar.

Wahai SUAMI renungkanlah. Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah. Tidaklah setaqwa Aisyah. Tidaklah setabah Fatimah. Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya. Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH. Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah. Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim. Tidak setabah Ayyub. Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf. Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya .Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya .Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana.. Justeru Kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga. Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI. Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah